Jangan anggap bila orang diam-diam, dia tak marah.
Pelawak, Amir Raja Lawak baru-baru ini telah membuat satu hantaran yang menyatakan rasa kesal dan marahnya di platform Facebook terhadap pempengaruh Islamik, Ustaz Tido atau nama sebenarnya Khailil Razak.
Hantaran tersebut dibuat berhubung dengan satu tawaran terbuka yang dibuat oleh Ustaz Tido mengenai projek jualan pes asam pedas tanpa berbincang terlebih dahulu.
Memetik kenyataan daripada Beautiful Nara, perselisihan faham ini bermula apabila Ustaz Tido memuat naik satu hantara di Facebook, menawarkan RM5000 serta komisen RM2 bagi setiap pek asam pedas kepada Amir untuk menjual sebanyak 25000 pek, lengkap dengan cabutan bertuah ke Tanah Suci dan hadiah motosikal RXZ.
Jelas Amir dalam hantaran di akaun Facebook peribadinya, dia berasa kurang selesa apabila Ustaz Tido telah membuat ‘promosi’ mengenai dirinya menjual pes asam pedas sebelum dia bersetuju.
“Mula-mula yang korang perasan, starting dia (Ustaz Tido) offer saya buat live dengan dia tapi dalam posting dah siap letak link niaga, bukankah dia tunggang kesusahan saya dengan buat posting pertanyaan tapi sambil berniaga? Patut kat sini dia dah bayar saya tau. Jadi saya nak mintak dia delete pun, benda dia dah post.”
Foto – Amir Raja Lawak (FB)Pada masa yang sama, Amir turut mempersoalkan janji temu yang dibuat, mendakwa Ustaz Tido tidak mengikut perancangan awal mereka dan sebaliknya telah hadir lebih awal tanpa diminta.
“Saya dah cakap, boleh je jumpa hari Khamis sebelum live untuk bincang. Kan live tu hari Khamis malam? Dia sendiri pun cakap okey jumpa petang Khamis di kedai saya. Live hari Khamis , dia datang awal tinggal bini, bukan saya suruh. Kalau saya suruh, nak salahkan saya pun tak apa.”
Menyedari kesilapan yang dilakukan, Ustaz Tido kemudiannya tampil membuat hantaran di Facebook (sebelum memadam hantaran tersebut selepas beberapa jam), meminta maaf dan menyatakan hanya mahu membantu meringkan beban Amir.
Sekadar info, baru-baru ini Amir ada memuat naik hantaran di Instagram, menuntut untuk sebuah stesen televisyen melunaskan bayaran yang tertunggak sebanyak RM18000.

1 month ago
185





![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Anak Normah Damanhuri Beri Kejutan ‘Renovasi’ Bilik Baharu, Netizen Terharu!-“Doa Mak Yang Mahal Tu..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/bbc5d8ca-22f1-4372-adc8-476120d6a468.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Buatkan Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-6.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza Menangis Ketika Menyanyi Buatkan Ramai Sebak Melihatnya](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-7.jpg)






![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)














![[VIDEO] “Ini Rupanya Suami Baru Dia…” Netizen Teruja Jaclyn Victor Sudah Bersuami](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/jack-kawen.jpg)
![[VIDEO] Adab PAI Anisha Rosnah Dipuji, Tetapi Lain Pula Netizen Nampak- “Adakah Dia…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/2-6.jpg)


![[VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Hawra Sudah Boleh Berdiri, Netizen Teruja!-“Momen-Momen Yang Akan Kita Rindu…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/46ee1cd1-5bd4-4082-b2f7-2666de66dd16-1.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ameera Khan Ajar Jefri Nichol Cakap Kelantan, Curi Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-design-43.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menari Trend ‘Like Jennie’, Curi Perhatian Netizen!-“TokTi Baru Habis SPM Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/5802a04a-0a4d-4325-a241-1bead7db47e1-1.jpg)


![[VIDEO] Amira Othman Kongsi Gelagat Fattah Amin Buat Trend TikTok, Curi Perhatian Netizen!-“Aneh-Aneh Sekarang…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/17acb579-f825-474c-a1ac-182bad4abf61-1.jpg)
![[VIDEO] Gelagat Juliana Evans & Anak Perempuannya Masak Telur Guna ‘Air Fryer’ Raih Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-design-19.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Trump Terkejut Disambut Dengan Tarian Kibas Rambut di UAE, Ini Cerita Di Sebaliknya](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-Zoom-Virtual-Background-2.jpg)