Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Seronok Aaisyah Ikut Pak Cik Dia Tengok Bola Sepak”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 38 ribu, tanda suka sebanyak 665 dan sebanyak 8 komen.
Di dalam video berkenaan memaparkan Aaisyah yang mengikut Zaquan Adha pergi ke stadium bagi menyokong kelab bola sepak kegemaran mereka itu.
@rozitachewan1Haqi ni dia ikut uncle zaquan p stadium tgk final JDT vs PAHANG … mmg best laaaaaaa . #aaisyahdhiarana #finalpialamalaysia
♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (Speed Up) – PONCHET
Rata-rata etizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa tidak menyangka Aaisyah juga minat melihat perlawanan bola sepak.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.