[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Main ‘Filter’ TikTok, Peminat Terhibur!-“Afwa Tutup Hotspot Ibu..”

7 hours ago 8

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini.

Siti , menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan dirinya yang anggun mengenakan Kurung Moden berwarna hijau lembut itu sedang bermain filter ‘Bollywood’ ketika berada di dalam kenderaannya.

“Hmm tak tahu la kena sampuk apa kebelakangan ni. Asyik main filter je

🫣🤣🤪.”-kapsyen Siti Nurhaliza di TikTok

@toktitiktok

Hmmm… tak tau la kena sampuk apa kebelakangan ni.. asik main filter jek🫣🤣🤪

♬ original sound – Rabeecakashif

“Afwa Tutup Hotspot Ibu..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Biduanita Negara ini, malah ada yang sempat berseloroh meminta anak lelakinya, Afwa untuk menutup ‘hotspot’ untuk mengelakkan ibunya bermain ‘filter’.

“Rasanya Tokti dah kena buat akaun ke-2 macam KhairulAmingtoo.”

“Afwa tutup hotspot ibu boleh makan pelik ibu ni hahaha 🤣.”

“Yang dia post sini sikit je, bayangkan yang dia tak post, berapa banyak filter dah TokTi main agaknya 🤣.”

“Hello Afwa, tengok ibu ni. Tutupkan data ibu tu. Love you TokTi ♥️🤭.”

“Siti Nurhaliza pun manusia biasa jugak. Haha chill je, main je la TokTi. Cute ape! 🥰🥰🌷.”

“Dia lupa ke yang dia ni Datuk Siti 😂❤️. Ish perangai comel 😂.”

“Salam TokTi, ni bukan group wasap family tau.”

“Saya suka kalai video tiktok random macam ni. Sebab Datuk anggap kami SitiZoners macam kawan-kawan je sebab tu dia upload yang random-random.”

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |