Nama Che Puan Sarimah Ibrahim memang bukan asing dengan gaya bercakap yang terus terang. Tapi kali ini, perkongsian beliau di Threads nampaknya sedikit pedas, sampai ramai netizen rasa macam “terkena” sekali.
Dalam satu hantaran yang sedang hangat diperkatakan, Sarimah meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir orang yang suka sangat menggunakan perkataan “takdir” sebagai alasan selepas melakukan sesuatu yang sebenarnya boleh dielakkan.
Pendek kata, buat silap dulu… lepas itu salahkan takdir.
Menurut Sarimah, perkara itu memang sesuatu yang dia cukup pantang.
“One thing i paling pantang orang menyalahkan ‘takdir’ sekiranya sesuatu berlaku yang awalnya BOLEH je kita tak buat.”
Tambahnya lagi, jika sesuatu tindakan itu melukakan hati orang lain, jangan sesekali cuba menyelitkan perkataan takdir seolah-olah semuanya sudah ditentukan tanpa peranan manusia.
Sarimah turut menegaskan bahawa takdir sebenarnya datang selepas keputusan dibuat, bukannya sebelum.
“Takdir adalah hasil dari keputusan yang kita buat, takdir bukan sebelum keputusan itu dibuat oleh kita sendiri. Takdir tidak membatalkan tanggungjawab.”
Malah beliau sempat memberi peringatan yang cukup jelas, kalau sesuatu perbuatan itu menyakitkan orang lain, janganlah cepat sangat menutup cerita dengan ayat “dah takdir”.
“Kalau menyakiti hati seseorang hasilnya jangan dipanggil ‘takdir’. Itu layak dipanggil tanggung.”
Perkongsian tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi netizen. Di ruangan komen, ramai yang mengangguk setuju, malah ada yang memberi pandangan yang lebih “straight to the point”.
Seorang pengguna menulis:
“100% agree. Kita sentiasa ada pilihan. Sudah pilih bad choice, lepas tu salahkan takdir. Katanya Allah yang tentukan. Maksudnya macam Allah sediakan syurga dan neraka just for fun? So kita ni puppet ke?”
MURAI pun sempat meninjau ruangan komen, dan memang boleh nampak ramai yang ‘terasa’ tapi dalam masa sama setuju dengan apa yang Sarimah cuba sampaikan.
Yelah, kadang-kadang mudah sangat orang guna ayat “dah takdir” bila keadaan dah jadi huru-hara. Padahal kalau difikir balik, sebelum sesuatu perkara berlaku, biasanya ada satu benda yang datang dulu pilihan.
MURAI tak kata apa… tapi kalau dari awal boleh pilih jalan yang betul, tiba-tiba pilih jalan yang menyakitkan orang, lepas itu kata “ini semua takdir”… memang nampak macam takdir pula yang kena jadi kambing hitam.

6 hours ago
4











![[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-54.webp)

![[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-55.webp)
























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)



![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)



![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)



![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
