Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

14 hours ago 6

Ada satu benda MURAI percaya…
kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan biasa.

Itulah yang MURAI rasa bila dengar tentang “A Journey Through Nusantara Flavours” di Penang Marriott Hotel. Nama pun sudah bagi hint, ini bukan sekadar makan, ini perjalanan rasa yang bawa anda merentas Indonesia, Malaysia dan serantau Asia Tenggara… tanpa perlu naik kapal terbang.

Menariknya, pengalaman ini adalah hasil kolaborasi istimewa antara dapur Penang Marriott Hotel dan Yogyakarta Marriott Hotel.

Bayangkan dua chef hebat berkumpul dalam satu dapur

Di satu sisi, ada Chef Nor Ismail, Head Chef yang memang arif dengan selera tempatan. Di sisi lain pula, hadir Chef Fauzan Evantoro, pakar masakan tradisional Indonesia yang penuh dengan sentuhan autentik. Bila dua kepakaran ini bergabung, setiap hidangan jadi lebih mendalam ceritanya, lebih kaya rasanya.

Dari 23 Februari hingga 19 Mac 2026, setiap Ahad sampai Jumaat, jam 6.30 petang hingga 10.30 malam, dapur ini akan hidup dengan aroma herba, bunyi panggangan, dan resipi yang diwarisi turun-temurun.

Serius, ini jenis buffet yang buat anda berjalan perlahan-lahan sebab takut terlepas apa-apa.

Mula dengan pembuka selera, MURAI sudah mula “tewas”.
Satay Station berasap menggoda, sementara Rojak Buah pula beri rasa segar yang terus buka selera.

Masuk bahagian utama, lagi mencabar iman.

Ada hidangan panggang di Roast Delights, lauk berkuah yang comforting dari From the Tureen, dan makanan laut rangup di Crisp & Crunch Seafood Station. Belum cerita lagi tentang nasi-nasi berempah seperti Nasi Padang yang memang susah nak tolak.

Kalau anda geng mi, haa… bersedia.
Mee Goreng Mamak Style dan pelbagai pilihan di Noodle Haven tunggu untuk dipenuhi dalam pinggan.

Tapi highlight sebenar? Lima hidangan signature yang jarang-jarang kita jumpa.

  • Gudeg dengan nangka muda yang dimasak lama sampai lembut.
  • Rawon Sapi dengan kuah hitam berempah yang pekat dan unik.
  • Tahu Tek ala street food Surabaya.
  • Kemudian pencuci mulut seperti Es Palu Butung yang sejuk manis menyegarkan, dan Wedang
  • Ronde dengan bebola pulut berinti kacang.

Setiap satu ada identiti. Setiap satu ada memori.

Akhir sekali, meja dessert pula buat MURAI rasa macam budak kecil masuk kedai gula-gula.
Cake bites, manisan moden, dan kuih tradisional semuanya diberi sentuhan elegan tanpa hilang rasa asal.

Harga? Untuk pengalaman sejauh ini memang berbaloi:
RM178 nett dewasa,
RM98 nett warga emas,
RM68 nett kanak-kanak.

Tempahan,

📞 Hubungi +604 566 1888
📱 WhatsApp +6012 881 5766 

Bagi MURAI, ini jenis makan malam yang sesuai untuk bawa keluarga, kawan, atau sesiapa sahaja yang anda nak impress.

Kerana di sini, makanan bukan sekadar sedap.
Ia ada jiwa.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |