STR Fasa 2 Dah Masuk? Ini Cara Semak Status Bayaran Anda

6 hours ago 4

Berita baik buat penerima bantuan kerajaan, Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bagi tahun 2026 mula disalurkan secara berperingkat bermula 10 Mac 2026.

Pembayaran ini diawalkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat membuat persiapan lebih awal menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, penerima sedia ada akan mula menerima bayaran bermula 10 Mac, manakala penerima baharu dan rayuan akan menerima bayaran bermula 30 Mac 2026 secara berperingkat. Menariknya, sekitar 200,000 penerima baharu turut diluluskan untuk menerima bantuan pada fasa kali ini.

Via Siaran Media Majlis Keselamatan Negara

Apa Itu STR?

Untuk yang masih tertanya-tanya, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan tunai tahunan yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat yang layak.

Program ini sebelum ini dikenali dengan beberapa nama seperti:

  • Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bantuan ini diteruskan setiap tahun bagi membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Syarat Kelayakan

Isi Rumah STR & SARA
Pemohon

  • Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia sahaja.
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS) atau
    bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

Anak

  • Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja.
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja.
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur 18 tahun dan ke bawah atau 19 tahun dan ke atas bagi masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS)

Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Bujang (SARA)

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur
  • 21 hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 hingga 59 tahun.
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

Tarikh Bayaran STR 2026

Pembayaran STR tahun ini dibuat secara berperingkat melalui empat fasa:

  • Fasa 1: 20 Januari 2026
  • Fasa 2: 10 Mac 2026 (penerima sedia ada)
  • Fasa 2 (Baharu/Rayuan): 30 Mac 2026
  • Fasa 3: Akan diumumkan
  • Fasa 4: Akan diumumkan

Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing.

Sementara itu, penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh membuat tuntutan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Jumlah Bayaran STR Fasa 2

Jumlah bayaran yang diterima bergantung kepada kategori penerima dan jumlah pendapatan isi rumah.

Isi Rumah Pendapatan ≤ RM2,500

  • Tiada anak: RM150
  • 1–2 anak: RM300
  • 3–4 anak: RM450
  • 5 anak ke atas: RM600

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Tiada anak: RM100
  • 1–2 anak: RM100
  • 3–4 anak: RM200
  • 5 anak ke atas: RM250

Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM150 bagi Fasa 2
Via Siaran Media Majlis Keselamatan Negara

Cara Semak Status STR Fasa 2

Penerima boleh menyemak status bayaran secara online melalui portal rasmi STR.

Langkah semakan:

  • Layari portal rasmi MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad
  • Klik butang Log Masuk
  • Sahkan kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik menu Maklumat Bayaran untuk melihat status dan jumlah bayaran

    Disertakan bersama bahagian semakkan di laman web

Melalui portal ini, penerima juga boleh melihat maklumat lain seperti status permohonan dan rekod pembayaran bantuan

Bagi Murai, langkah kerajaan mempercepatkan bayaran STR Fasa 2 memang sangat membantu rakyat, terutama yang sedang membuat persiapan Aidilfitri. Jadi kepada penerima STR, jangan lupa buat semakan status bayaran supaya tidak terlepas maklumat penting mengenai bantuan ini.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |