“Saya Tak Beraya Sebab Gaji Tak Dapat Lagi”- Individu Kesal Ben Ladin Culas Bayar Gaji

10 hours ago 8

Nama Ben Ladin menjadi tumpuan ramai selepas seorang individu tampil meluahkan rasa kesalnya apabila penyanyi rap itu didakwa belum membuat pembayaran gaji seperti yang dijanjikan.

Menerusi hantaran di platform Threads, individu berkenaan mendakwa Ben berjanji untuk membuat pembayaran pada malam sebelum Hari Raya. Namun, janji hanya tinggal janji apabila individu itu mendedahkan dirinya tidak menerima sebarang bayaran.

“Orang cari duit raya tapi ni balasnya saya takkan take down selagi gaji tak dibayar @mohd_benladin saya tak beraya sebab gaji tak dapat lagi.”

Foto – @frn666_ (Threads)

“Sesiapa yang nak kerja dengan dia lepas ini tolong hati-hati. Chat diam je bila nak viral kan baru reply sampai sekarang tak dapat lagi.”

Melihatkan isu tersebut telah meraih perhatian ramai orang, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Benladen Munshi Shaihan, tampil menjelaskan perkara sebenar di ruangan komen hantaran tersebut.

Akui Ben, dia telah menjelaskan tentang pembayaran gaji dan identiti individu yang sepatutnya membayar gaji pekerja. Walau bagaimanapun, Ben menegaskan bahawa terdapat beberapa barang perniagaan telah hilang.

“Takpe sebab saya dah cakap apa yang patut dan siapa yang patut bayar gaji awak. Teruskan dengan tindakan awak, saya dengan tindakan saya. Jangan lupa cerita sekali barang hilang.”

Individu berkenaan pula mendedahkan dia hanya menuntuk haknya sebagai pekerja apabila Ben menjanjikan pembayaran gaji pada malam sebelum Hari Raya.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |