Menjelang ketibaan Ramadan yang dinanti-nantikan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sekali lagi tampil dengan inisiatif bermakna apabila menyalurkan Insentif Khas Ramadan berjumlah RM17.44 juta bagi tahun ini, melibatkan 34,880 penerima asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Menurut Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, bantuan tersebut bertujuan meringankan beban kewangan golongan asnaf dalam membuat persiapan menyambut Ramadan, selain memastikan ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan tenang.
“Kita bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi mahu menjadikan Ramadan 1447H sebagai Ramadan terbaik, yang menjadi pencetus kepada islah dan perubahan dalam masyarakat,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Persidangan Pengurusan Masjid dan Surau, Penyampaian Bantuan Ihya’ Ramadan serta Tauliah Amil Zakat Fitrah 1447H di Masjid Wilayah Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli HasanBantuan Ihya’ Ramadan Untuk Masjid & Surau
Dalam perkembangan sama, MAIWP turut memperuntukkan RM19.21 juta bagi Bantuan Ihya’ Ramadan kepada 877 masjid dan surau, termasuk surau Jumaat di Wilayah Persekutuan.
Peruntukan itu bertujuan menyokong pelaksanaan aktiviti ibadah dan pengisian sepanjang Ramadan, sekali gus memperkasa peranan masjid dan surau sebagai pusat pembangunan rohani serta komuniti.
Zulkifli menegaskan, MAIWP komited memastikan masjid dan surau berfungsi secara inklusif, khususnya dalam memenuhi keperluan jemaah bagi pelaksanaan solat Jumaat.
Solat Jumaat Di Lebuh Raya & Pusat Beli-Belah?
Menariknya, beliau turut memaklumkan bahawa perbincangan sedang dijalankan bersama pihak pengurusan lebuh raya dan pusat beli-belah bagi mengenal pasti lokasi sesuai untuk pelaksanaan solat Jumaat, bagi memberi akses lebih luas dan selesa kepada umat Islam.
“Kita bukan bina masjid atau surau baharu, tetapi melihat kepada kapasiti sedia ada dan kesesuaian lokasi. Senarai sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan kelak,” jelasnya.
Kadar Zakat Fitrah 1447H Ditetapkan Tiga Kadar
Sementara itu, kadar zakat fitrah bagi tahun 1447H/2026M ditetapkan kepada tiga kadar, bergantung kepada jenis beras yang dimakan:
- RM8 – Beras tempatan
- RM15 – Beras import premium
- RM25 – Beras basmati
Bagi melancarkan urusan kutipan, MAIWP turut melantik 946 amil zakat fitrah bagi memastikan proses berjalan teratur dan memudahkan orang ramai menunaikan kewajipan tersebut.
Bagi Murai, inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan MAIWP dan kerajaan dalam memastikan kebajikan golongan memerlukan terus terpelihara, sekali gus menghidupkan roh Ramadan sebagai bulan ihsan, kebersamaan dan perubahan.

20 hours ago
8













![[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/5c706b27-48ac-448e-b570-41888ec4e747-1.webp)
![[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Happy-Birthday-my-beloved-husband.-I-pray-that-you-will-always-be-healthy-strong-and-blessed--e1770787045743.webp)

















![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)









![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)






