MURAI terpanggil untuk kongsikan info terbaru dari YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim semalam. Kerajaan MADANI tengah ambil langkah awal untuk pastikan bekalan bahan api negara kekal stabil walaupun dunia tengah gila pasal harga minyak. MURAI ringkaskan 5 benda penting anda kena tahu sekarang:
1. Kerajaan Ambil Langkah Awal
MURAI mahu highlight, walaupun bekalan bahan api sekarang masih terkawal, kerajaan tak tunggu masalah jadi besar. Tekanan dari konflik di Asia Barat dah buat harga minyak mentah lepas US$100 setong. Jadi, langkah proaktif ni penting supaya rakyat tetap dapat bekalan minyak tanpa gangguan.
2. Subsidi Semakin Berat
Foto Dihasilkan Menggunakan AIHarga minyak naik, automatik subsidi pun naik. Sekarang subsidi petrol dan diesel dianggarkan RM4 bilion sebulan! Untuk Januari 2026, subsidi bagi RON95 dan Diesel cuma sekitar RM0.7 bilion. Nampak tak, betapa pentingnya kerajaan kawal penggunaan dan pastikan subsidi sampai pada yang betul-betul perlukan.
3. Harga BUDI95 & Diesel Kekal
Walaupun subsidi naik, kerajaan masih kekalkan harga BUDI95 pada RM1.99 seliter dan Diesel pada RM2.15 seliter untuk rakyat. Jadi majoriti pengguna tak terasa beban walaupun harga pasaran tengah gila naik.
4. Had Siling BUDI95 Dikurangkan Sementara
Mulai April 2026, had siling BUDI95 turun daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan. Tapi jangan risau, hampir 90% rakyat guna kurang daripada 200 liter sebulan, biasanya sekitar 100 liter sahaja. Untuk operator e-hailing, had tambahan 800 liter sebulan masih kekal. Jadi majoriti rakyat tak terjejas pun.
5. Penguatkuasaan & Pemantauan Ketat
Kerajaan akan pastikan tiada penyelewengan subsidi berlaku. Kalau ada yang salah guna, Kementerian Kewangan tak segan-segan sekatan kelayakan BUDI95. Selain tu, kerajaan juga akan pantau perkembangan global supaya bekalan bahan api terus stabil dan cukup untuk semua rakyat.
BUDI MADANI bukan sekadar subsidi biasa. Ia adalah cara kerajaan MADANI nak pastikan rakyat terus dapat minyak cukup, sambil urus subsidi dengan bijak supaya negara tak terbeban.

6 hours ago
8




![[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/KV_Samsung-Mobile-Galaxy-S26-Series-New-Bach-and-Handel-Classical-Ringtones_dl1-scaled.webp)













![[VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Feature-Image-2000-Px-PHIC-22.webp)


















![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)

![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)

![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)




