Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri perhatian netizen selepas berkongsi wajah anakanda pertama mereka di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, baginda dan isteri dilihat sedang memangku cahaya mata perempuan yang diberi nama Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah.
“Anisha & saya amat bersyukur kepada pasukan Jerudong Park Medical Centre yang luar biasa di atas penjagaan dan sokongan yang diberikan.
Terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa yang baik-baik.”-tulis Putera Mateen di Instagram
Dalam pada itu, akaun Instagram peminat @anishaik.tmski turut memuatnaik foto comel Zahra Mariam Bolkiah yang sedang tidur.

Paduka Seri Pangiran Anak Isteri Anisha Rosnah telah selamat melahirkan bayi perempuan, pada jam 8.50 pagi, Ahad lalu.
Kehadiran cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah turut dirikan dengan penuh istiadat apabila 17 das tembakan meriam dilepaskan sebagai simbol kesyukuran.
Sebelum ini, Putera Mateen berkongsi khabar gembira apabila dia dan isteri bakal menimang cahaya mata pertama. Malah, Putera Mateen turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan dia dan Puteri Anisha sedang berpegangan tangan dan memandang mesra di balkoni.
Sekadar info, Putera Mateen dan Puteri Anisha sah bergelar suami isteri dalam istiadat penuh bersejarah dan gilang-gemilang selama 10 hari pada Januari 2024 di Istana Nurul Iman, kediaman rasmi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkian, di Bandar Seri Begawan.
Putera Mateen merupakan anak ke-10 dan putera keempat kepada Sultan Hassanal Bolkiah, raja paling lama memerintah di dunia dan pernah menjadi orang terkaya di dunia.

14 hours ago
8













![[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/5c706b27-48ac-448e-b570-41888ec4e747-1.webp)
![[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Happy-Birthday-my-beloved-husband.-I-pray-that-you-will-always-be-healthy-strong-and-blessed--e1770787045743.webp)

















![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)









![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)






