PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

17 hours ago 10

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli keluarga seperti ketika ‘menegur’ masyarakat.

Menerusi penjelasannya di platform Threads, PU Riz atau lebih dikenali sebagai Haris Ismail, menegaskan perjalanan hijrah seseorang individu adalah berbeza.

“Setiap orang melalui proses hijrahnya. Atas tanggungan dirinya telah diwajibkan perintah Allah Jalawa’la. Soal kita mampu atau tidak, kita senantiasa usaha, dengan cara sehabis daya.”

Akui pendakwah bebas itu, setiap individu bertanggungjawab terhadap proses perubahan diri sendiri. Manakala teguran pula perlu dibuat dengan penuh hikmah, kebijaksanaan dan konsistensi.

“”Elok tengok cermin dulu kot”, “Pergi tegur adik-adik dulu lah”, “Saya suggest pusing area keluarga dulu”. Hikmah dan kecerdikkan menjadi senjata utama kita, terutama dalam menegur.”

“Menceritakan proses dengan meremehkan ajaranNya itu kita elak-elakkan. Walaupun niatnya baik, cara tidak menghalalkannya. Jadi simpanlah kurang cerdik kepada diri sendiri kerana dikhuatiri Tuhan memarahinya.”

Pada masa yang sama, Haris juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah setuju dengan maksiat dan konsisten menegur ahli keluarganya secara diam mahupun terbuka.

“Ini jawapan saya kepada tiga hal. 1) Tidak pernah kita setuju dengan maksiat ini seiring hadis Nabi tentang sesiapa yang lihat kemungkaran mesti dicegahnya, secara diam dan terbuka telah pun saya konsisten menyebut mengenainya.

2) Soal tanggungjawab, yang sedap mengecam dan komen tanpa arah, di dalam kita hidup berkeluarga besar, perlu ada kebijaksanaan dan konsisten menegur. Ajak ke jalan Tuhan dengan dua hal iaitu hikmah dan contoh baik.

3) Maka dengan ini, yang ketiga, pandanglah dengan ilmu dan bukan hanya emosi semata. Kata agama orang tidak cerdik adalah yang utamakan hawa nafsu apabila melakukan satu hal dengan kalimah العَجْز yakni juga maksud lemah, jangan dibiarkan diri menjadi dungu dengan sengaja.”

Kongsiannya PU Riz itu secara tidak langsung mencuri perhatian ramai. Bagi MURAI, nak menegur itu biarlah dengan cara yang betul. Apa pendapat kamu?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |