Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

14 hours ago 6

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along Eyzendy, Hamidah Mohd Yatim. Dalam suasana duka yang masih segar, beliau cuba berdiri teguh, memegang satu amanah paling besar yang ditinggalkan arwah suami, untuk terus kuat demi anak-anak.

Menurut laporan Harian Metro, Hamidah mendedahkan pesanan itu bukanlah perkara baru. Malah, ia seperti ayat wajib yang sering diulang Allahyarham setiap kali keluar bekerja atau ketika berjauhan.

Hamidah Mohd Yatim

Arwah selalu berpesan supaya dirinya tabah jika suatu hari nanti terpaksa meneruskan hidup tanpa lelaki bergelar suami di sisi.

“Along pesan suruh saya jadi kuat sebab ada anak-anak. Kena teruskan hidup juga kalau tak ada dia. Macam mana pun, life must going on.”

Sebak, kan?

Bagi MURAI, ayat itu mungkin kedengaran ringkas, tetapi maknanya cukup dalam. Tambah pula, kata-kata itu sebenarnya sudah lama menjadi ingatan Hamidah, jauh sebelum Allahyarham jatuh sakit.

Setiap kali mahu keluar rumah, arwah tak pernah lupa mengingatkan supaya menjaga diri dan anak-anak. Seolah-olah dia sudah menyediakan kekuatan buat insan tersayang untuk menghadapi hari mendatang.

Allahyarham Along Eyzendy selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang, Johor kira-kira jam 9.30 pagi.

Hamidah turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang hadir memberi penghormatan terakhir serta tidak putus-putus menitipkan doa buat arwah.

Dalam nada yang masih sarat dengan kesedihan, beliau berjanji akan cuba menjadi wanita yang kuat seperti yang selalu dipesan suaminya.

Insya-Allah, demi anak-anak.

MURAI doakan semoga Hamidah diberikan ketabahan luar biasa dan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |