Penumpang Tolak Kongsi BUDI95, Pemandu Naik Angin? Grab Malaysia Respon

10 hours ago 4

Sebuah video yang dimuat naik seorang penumpang wanita mencetuskan perbualan hangat di threads selepas dia berkongsi pengalaman tidak dijangka ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing Grab.

Menerusi video tersebut, pemandu e-hailing berkenaan dilihat berhenti di sebuah stesen minyak sebelum bertanya kepada penumpang sama ada masih mempunyai kuota BUDI95. Namun, penumpang wanita itu memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai kuota tersebut.

Situasi kemudiannya didakwa menjadi janggal apabila pemandu berkenaan dikatakan meminta sedikit bantuan dan menyebut:

“Pinjam BUDI pun kedekut.”

Kenyataan itu pantas mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selepas video berkenaan tular, dengan ramai yang membahaskan sama ada situasi itu benar-benar berlaku atau sekadar konten yang sengaja direka.

Netizen Berbelah Bahagi

Di ruangan komen, sebahagian pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang terhadap kenyataan tersebut, namun ada juga yang mempertahankan pemandu e-hailing dengan beranggapan video itu mungkin sekadar lakonan.

Malah, ada yang menyifatkan perkongsian tersebut sebagai:

“Content murahan yang mengundang fitnah kepada para Grab driver.”

Walaupun begitu, penumpang yang memuat naik video tersebut tidak memberikan penjelasan lanjut atau konteks penuh di sebalik kejadian itu, sekali gus terus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Respons Pihak Grab

Susulan video yang tular itu, pihak Grab telah tampil memberi maklum balas awal dengan meminta butiran lanjut bagi tujuan semakan.

Dalam respons mereka:

“Hai Waninur. Kami memohon maaf atas kekeliruan dan kesulitan yang dialami. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, terutamanya jika ia melibatkan permintaan berkaitan BUDI penumpang. Untuk kami semak dengan lebih lanjut dan membantu dengan tepat, boleh kongsikan Booking ID berkaitan?
Terima kasih atas kerjasama dan pemahaman anda.” Pihak Grab menegaskan bahawa siasatan hanya boleh dibuat jika maklumat perjalanan lengkap seperti Booking ID dikemukakan.

Isu BUDI dan Had Siling 800 Liter

Dalam perkembangan berkaitan, difahamkan bahawa had siling penggunaan subsidi bagi pemandu e-hailing dan pekerja gig masih dikekalkan sehingga 800 liter. Perkara ini sering menjadi perbincangan kerana ia memberi kesan kepada kos operasi harian pemandu, terutama dalam situasi harga minyak yang tidak menentu.

Walaupun video tersebut telah mencetuskan pelbagai spekulasi, sehingga kini belum ada penjelasan lengkap daripada kedua-dua pihak mengenai konteks sebenar kejadian.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

1

Star

Star

1

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |