Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh agensi ByCOLIN.
Dalam perkongsiannya itu, Azira dilihat menggayakan busana diinspirasikan oleh Tahun Baru Cina yang direka oleh pereka tempatan ElevenOEight dan disiapkan oleh pasukan solekan serta penggaya profesional.
Foto – @azirashafinaz (Threads)“Awak tak boleh skip CNY di @bycolinofficial. Ia sentiasa malam terbaik. Tambahan, ia adalah alasan untuk berpakaian menarik.”
Namun penampilannya yang cukup bergaya itu telah menarik perhatian dan menuai pelbagai kritikan daripada orang ramai kerana pakaiannya dianggap kurang sesuai serta ketat sehingga menampakkan bentuk badan.
Foto – @azirashafinaz (Threads)Menjengah ke ruangan komen di platform Threads, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dan kritikan kepada selebriti itu.
“Macam nak terlondeh. Kadang nampak macam baju renang.”
“Yang Chinese elok jer baju diorang. Datang ke Melayu, habis terbuka dengan ketatnya. Tak malu ke?”
“Kalau buncit jangan pakai macam ni sis. Malu.”
Foto – @azirashafinaz (Threads)Kebanyakannya bersetuju bahawa pakaian itu tidak sesuai dengan Azira, selain menganggap tidak menghormati bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
“You memang dah cantik. But, lagi elok kalau pakai pakaian yang sopan.”
“Tolonglah berpakaian yang sopan dan molek selari nama awak. Dah nak bulan puasa ni.”
“Terlalu ketat. Hormat lah sikit dah nak ramadhan ni sis. U better than this. Malu sangat tengok, sorry.”
Walaupun Azira Shafinaz tidak membuat kenyataan balas, namun penampilannya itu terus menjadi perdebatan ramai sehingga ke hari ini. Apa pendapat kamu?

15 hours ago
10









![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)

![[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/1-4.webp)





















![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)










![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)



