Isu kehilangan bungkusan ketika dalam proses penghantaran kembali mencuri perhatian ramai apabila satu perkongsian di media sosial mencetuskan perbincangan hangat mengenai tahap keselamatan, tanggungjawab syarikat kurier serta perlindungan pengguna.
Menerusi satu hantaran yang tular di Thread, seorang wanita mendakwa barangan peribadi milik suaminya iaitu alat kawalan permainan video dilaporkan hilang selepas dihantar menggunakan perkhidmatan kurier.
Barangan tersebut pada asalnya tersalah hantar ke rumah ahli keluarga di ibu negara sebelum dipos semula ke Ipoh.

Menurut pemilik barangan, proses penyerahan bungkusan dibuat seperti biasa di kaunter, malah kandungan parcel turut dimaklumkan kepada kakitangan bertugas.
Tiada sebarang isu dibangkitkan pada peringkat awal dan penghantaran disahkan diterima masuk ke dalam sistem.
Namun, pasangan itu menerima makluman melalui aplikasi pesanan ringkas daripada pihak kurier yang menyatakan bungkusan berkenaan tidak dapat dikesan dan dikategorikan sebagai hilang. Situasi itu nyata mengejutkan, apatah lagi barangan tesebut bukannya bernilai rendah.
Persoalan Pampasan dan Tanggungjawab
Kehilangan bungkusan itu menimbulkan persoalan besar berkaitan pampasan serta tahap tanggungjawab pihak kurier terhadap barangan pengguna.
Menurut pemilik, sehingga kini mereka masih tidak pasti sama ada kes berkenaan layak menerima ganti rugi atau sebaliknya, memandangkan tiada penjelasan terperinci diberikan.
Isu ini sekaligus membuka semula perbincangan lama berkaitan perlindungan pengguna khususnya bagi penghantaran barangan bernilai tinggi yang semakin kerap berlaku sejajar dengan pertumbuhan pesat urus niaga dalam talian.
Netizen Kongsi Pengalaman Sama
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil berkongsi pengalaman hampir serupa.
Ada yang mendakwa bungkusan permainan video mereka pernah hilang ketika penghantaran, manakala sebahagian lagi mendakwa produk penjagaan diri dan barangan berkaitan tuntutan waranti turut mengalami nasib sama.
Lebih membimbangkan, terdapat pengguna yang mendakwa telah membuat laporan lengkap berserta bukti tangkapan layar dan dokumen sokongan, namun kes mereka masih tergantung tanpa penyelesaian jelas sehingga kini.
via Thread @/gengtoys
via Thread @/blackdesert_rose
via Thread @/fushi_orb
via Thread @/haniamyNasihat dan Pandangan Awam
Dalam masa sama, terdapat juga netizen yang berkongsi pandangan dan nasihat berdasarkan pengalaman peribadi. Antara yang ditekankan ialah kepentingan mengambil perlindungan insurans untuk bungkusan bernilai tinggi, walaupun kosnya rendah.
Ada juga yang mencadangkan agar pengguna memilih perkhidmatan penghantaran premium bagi barangan peribadi, dokumen penting atau item mahal.
Bagaimanapun, sebahagian pengguna meluahkan keraguan terhadap keberkesanan insurans penghantaran, dengan mendakwa terdapat kes lama di mana pampasan yang diterima tidak setimpal dengan nilai barangan yang diinsuranskan.
Kepercayaan Pengguna Jadi Taruhan
Insiden ini mencerminkan sentimen awam yang semakin sensitif terhadap isu keselamatan bungkusan dan kebertanggungjawaban syarikat kurier.
Bagi pengguna, kehilangan parcel bukan sekadar kerugian material, tetapi turut melibatkan tekanan emosi serta kepercayaan terhadap perkhidmatan yang digunakan.
Dalam landskap e-dagang yang semakin kompetitif, tahap kecekapan, ketelusan dan sistem pampasan yang adil dilihat sebagai faktor penting untuk mengekalkan keyakinan pengguna.
Justeru, isu sebegini wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak agar hak pengguna terus terpelihara dan industri penghantaran kekal dipercayai.

9 hours ago
8


![[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/5c706b27-48ac-448e-b570-41888ec4e747-1.webp)
![[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Happy-Birthday-my-beloved-husband.-I-pray-that-you-will-always-be-healthy-strong-and-blessed--e1770787045743.webp)














![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)













![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)










![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)





