Tahun Baru Cina bukan sekadar reunion bersama keluarga dan rakan, dapat angpau atau main mercun. Tetapi bagi mereka yang menyambut perayaan ini. Tahun Baru Cina adalah perayaan yang penuh dengan simbol, kepercayaan dan pantang larang yang diwarisi sejak turun-temurun.
Untuk makluman semua, bagi masyarakat Cina, mereka mempercayai bahawa setiap amalan yang dilakuan pada hari pertama hingga hari ke-15 boleh mempengaruhi tuah, rezeki dan kesejahteraan sepanjang tahun.
Berikut MURAI kongsikan pantang larang yang tidak boleh dilakukan oleh masyarakat Cina sepanjang tempoh berikut.

- Tidak dibenarkan menyapu rumah dan buang sampah pada hari pertama perayaan kerana dipercayai boleh menyapu keluar kekayaan.
- Penggunaan gunting pada hari pertama perlu dielakkan kerana masyarakat Cina mempercayai ia sebagai doa untuk bergaduh dengan orang lain untuk tahun yang akan datang.
- Elak daripada mengambil ubat atau membuat ubat herba pada hari pertama perayaan kerana ia dipercayai dapat membuat individu itu akan sakit sepanjang tahun.
- Tidak boleh memberi angpau dengan nombor ganjil kerana ia boleh membawa malang sepanjang tahun kepada penerima.
- Elak daripada menghadiahkan barangan tertentu yang membawa maksud negatif seperti kasut (dianggap jahat dan nasib buruk), jam (nasib malang) dan barangan berwarna hitam atau putih (berkait dengan warna ketika pengebumian).
- Jangan membasuh pakaian pada hari pertama dan kedua perayaan kerana dianggap tidak menghormati dewa air serta membuang kekayaan.
- Dilarang untuk menjahit kerana bimbang menjadi susah sepanjang tahun, bergantung kepada berapa banyak jahitan.
- Elak daripada memecahkan pinggan, mangkuk atau gelas kerana dianggap bawa nasib malang, kerugian kewangan dan perpecahan keluarga.
- Isteri tidak dibenarkan kunjungi rumah ibu bapa sendiri pada hari pertama kerana dipercayai membawa malang kepada keluarga.
- Elak daripada kanak-kanak menangis kerana tangisan kanak-kanak dipercayai bawa malang kepada keluarga.
- Tidak mencuci rambut atau mandi kerana air boleh ‘mencuci’ kekayaan daripada individu tersebut sepanjang tahun.
- Jangan pakai pakaian buruk atau lusuh, tetapi pakai pakaian baru sebagai simbol permulaan tahun yang lebih baik dan segar.
Penting untuk kamu tahu, pantang larang ini bukan sekadar kepercayaan lama tetapi simbol harapan untuk kehidupan yang lebih baik pada tahun baru bagi masyarakat Cina.

11 hours ago
8









![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)

![[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/1-4.webp)





















![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)










![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)



