Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojen Aiwahhh tampil meluahkan rasa kecewa susulan kenyataan atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali yang melabelkan kunafa sebagai makanan “sampah” ketika muncul dalam sebuah podcast baru-baru ini.
Kontroversi tersebut mula menjadi perhatian ramai selepas Jojo menyifatkan kunafa sebagai makanan tidak sihat. Kenyataan itu kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut mengaitkannya dengan jenama Kunafa Aiwahhh milik Ojen.
Menurut Ojen, dia berasa sedih dan terkesan dengan isu berkenaan memandangkan perniagaan kunafa merupakan sumber rezekinya bersama kakitangan lain.
“Saya boleh terima kalau dia cakap kunafa itu manisan yang tidak sihat, tetapi janganlah melabel makanan sebagai sampah. Itu makanan yang orang suka makan dan juga sumber rezeki kami,” katanya.
Ojen turut mendakwa Jojo ada menghantar mesej secara langsung kepadanya di media sosial dengan mengulang kenyataan bahawa kunafa merupakan makanan “sampah”.
Dalam masa sama, Ojen turut membalas kenyataan Jojo yang didakwa menyentuh mengenai dirinya secara peribadi termasuk mengaitkan penampilannya dengan isu testosteron rendah.
Menurutnya, soal adab lebih penting berbanding ego atau sindiran yang boleh mengguris perasaan orang lain.
“Saya balas kepadanya, biarlah testosteron rendah sekalipun, asalkan adab dengan makanan itu tinggi. Dalam budaya Melayu dan Islam sendiri, adab itu sangat penting,” ujarnya.
Tambah Ojen lagi, dia juga terkilan kerana pernah menawarkan tajaan kepada Jojo sebelum ini selain aktif menyokong arena Muay Thai tempatan termasuk menaja beberapa atlet dan filem aksi tempatan.
Katanya, segala usaha dilakukan atas dasar sokongan terhadap industri sukan dan bukan semata-mata keuntungan.
“Saya cuma harap ada rasa hormat dan empati. Tak perlulah menjatuhkan sumber rezeki orang lain,” katanya lagi.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

7 hours ago
5







































![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)


![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)




