Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

5 hours ago 5

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua.

Nurin menerusi hantaran di Instagram, turut berkongsi nama bayi perempuan yang dilahirkannya itu bernama Jasmine Narisa selain menyifatkan perjalanan ketika bersalin itu sangat tenang.

“Alhamdulillah selamat melahirkan bayi kedua kami, Jasmine Narisa. Terima kasih kepada para doktor dan jururawat kerana sangat supportive melalui sepanjang perjalanan.

Daripada nervous dan anxious ketika labour dan kalini push selama 7 minit sahaja! Leganyaa.”-kongsi Nurin di Instagram

“Beranak Pun Cantik..”

“Muka Bersalin Nampak Helok Benor, Kalau Aku Dah Jadi Macam…”

Di ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti dilihat memberikan ucapan tahniah buat Nurin di atas kelahiran cahaya mata keduanya itu, malah ramai yang sempat memuji keadaan dirinya yang tetap kelihatan anggun biarpun selepas bersalin.

“Nurin congrats 😍.”-Siti Khadijah Halim

“Alhamdulillah congratulations Nurin sayang 🩷.”Mira Filzah

“Alhamdulillah 😍 congrats both of you ❤️.”-Adriana Adnan

“Alhamdulillah!! Oh I thought baby raya niiii, welcome to the world and congrats Nurin!!!”-Hunny Madu

“Tahniah. Selamat berpantang. Muka bersalin nampak helok benor. Kalau aku dah jadi macam nenek lampir kat situ 😂.”

“Alhamdulillah ❤️ semoga Nurin and newborn baby senantiasa dlm lindungan Allah, Aamiinn. Selamat berpantang 🫶🏻.”

“Beranak pun cantik 🥰😍. Congrats!!❤️ ”

“Saya tak tahu bagaimana awak boleh maintain macam secantik ini masa labour, while me muka masam gila tahan kesakitan. Like how?! 😭😭 Tak sakit ke.”

Sekadar info, Nurin Afiqah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya Fairuz pada Januari 2021 selepas tiga tahun mengenali hati budi masing-masing. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |