Nama Neelofa sekali lagi jadi perhatian apabila beliau menegaskan komitmen TheNoor dalam membantu umat Islam melaksanakan ibadah dengan lebih mudah melalui teknologi digital.
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor, Neelofa menjelaskan platform itu dibangunkan sebagai ekosistem gaya hidup Islamik yang menghimpunkan pelbagai keperluan harian, daripada waktu solat, bacaan Al-Quran, hinggalah urusan zakat serta sumbangan kebajikan.

Pendek kata, semua dalam satu aplikasi. Ringkas, praktikal, terus boleh buat.
Terbaharu, TheNoor menjalinkan kerjasama dengan ikhlas.com dan Touch ’n Go bagi memperluas akses pembayaran fidyah. Menerusi kolaborasi ini, pengguna boleh membuat bayaran melalui aplikasi pilihan masing-masing, sementara ikhlas.com bertindak sebagai pemudah cara yang menguruskan proses agihan secara sistematik, telus dan selaras dengan prinsip syariah.

Setiap sumbangan yang dibuat bukan sekadar transaksi digital, tetapi akan direkod serta diagihkan melalui program yang telah dirancang rapi. Jadi pemberi boleh ada keyakinan tentang ke mana bantuan itu disalurkan.
Bercakap mengenai hala tuju TheNoor pula, Neelofa turut berkongsi bahawa mereka sedang bersedia memperkenalkan TheNoor Pro, iaitu pengalaman baharu yang menawarkan penglibatan spiritual lebih mendalam bersama perkhidmatan Islamik digital premium.

Pengumuman usahasama ini dibuat bersempena program pengagihan ‘Amanah Fidyah: Sekampit Beras, Seribu Makna’ di Dewan MPAJ, Kampung Ampang Indah, yang menyaksikan bantuan beras diagihkan kepada 200 keluarga asnaf sekitar zon Lembah Jaya.
Apa yang boleh disimpulkan, bila teknologi dan amanah digabungkan, impaknya memang sampai terus kepada komuniti yang memerlukan
Ditubuhkan pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform digital Islam Capital A yang menawarkan penyelesaian Umrah dan perjalanan mesra Muslim, di samping perkhidmatan patuh syariah seperti zakat, qurban, aqiqah, sedekah dan fidyah. Berteraskan prinsip amanah, ketelusan dan kecemerlangan perkhidmatan, ikhlas.com komited untuk mempermudah pelaksanaan kewajipan Islam serta perjalanan ibadah bagi umat Islam. Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi ikhlas.com di Apple App Store dan Google Play Store.

8 hours ago
7













![[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/5c706b27-48ac-448e-b570-41888ec4e747-1.webp)
![[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Happy-Birthday-my-beloved-husband.-I-pray-that-you-will-always-be-healthy-strong-and-blessed--e1770787045743.webp)

















![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)









![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)






