“Lepas ni nak healing Genting pun kena fikir bajet?” Itu antara reaksi netizen selepas pengumuman caj jalan raya baharu ke Genting Highlands yang bakal bermula Khamis ini, 28 Mei 2026.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB), semua pengguna jalan raya yang memasuki Jalan Genting Highlands melalui dua pintu masuk utama iaitu Genting Sempah dan bulatan Gohtong Jaya akan dikenakan caj mengikut kelas kenderaan.
Ramai yang mengakui terkejut dengan pelaksanaan tersebut, lebih-lebih lagi Genting Highlands selama ini menjadi antara lokasi “short getaway” paling popular rakyat Malaysia, terutama hujung minggu dan cuti sekolah.
Caj Ikut Jenis Kenderaan
Di bawah struktur caj yang diumumkan, kenderaan persendirian Kelas 1 seperti kereta dan van akan dikenakan bayaran RM5 bagi setiap kemasukan.
Berikut kadar penuh caj jalan raya Genting Highlands:
- Kelas 1 (Kereta / Van) – RM5
- Kelas 2 (Lori sederhana) – RM15
- Kelas 3 (Lori berat) – RM25
- Kelas 4 (Teksi) – RM3.30
- Kelas 5 (Bas) – RM5
Menurut LCSB, semua kenderaan kelas 2 hingga kelas 5 wajib menggunakan “lorong khas” atau sistem pengecaman nombor plat kenderaan (LPR).
Bagaimanapun, motosikal serta kenderaan kecemasan dikecualikan daripada sebarang caj dan tidak perlu membuat pendaftaran.
Penjawat Awam Tertentu Dikecualikan
Dalam masa sama, LCSB turut memaklumkan beberapa penjawat awam yang bertugas di institusi kerajaan sekitar Genting Highlands akan diberikan pengecualian caj.
Antara institusi yang terlibat termasuk:
- SK Sri Layang
- SMK Sri Layang
- Institut Aminuddin Baki
- Balai Polis Genting Highlands
- Balai Polis Gohtong Jaya
- Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands
- Klinik Desa Sri Layang
- Pejabat Daerah Kecil Genting Highlands
- Pejabat Cawangan MP Bentong
- Pejabat SUK Negeri Pahang (Cawangan Genting Highlands)
Namun begitu, pengecualian ini tertakluk kepada pendaftaran awal serta penggunaan sistem LPR dan lorong khas yang ditetapkan.
Penduduk Tetap Dapat Diskaun
Bermula 28 Jun pula, penduduk tetap Genting Highlands yang layak akan menikmati kadar caj lebih rendah iaitu 10 peratus lebih murah daripada kadar biasa. Setiap isi rumah hanya dibenarkan mendaftar maksimum dua kenderaan Kelas 1 untuk menikmati kadar istimewa tersebut.
Selain itu, LCSB turut merancang memperkenalkan pas musim selama enam bulan khas untuk penduduk tetap, membolehkan mereka menggunakan laluan tanpa had sepanjang tempoh sah pas.
Walaupun harga rasmi pas tersebut masih belum diumumkan, pihak pengendali memberi jaminan ia bakal menawarkan penjimatan lebih berbaloi untuk penduduk tempatan.
Apa yang paling menjadi perhatian sebenarnya ialah timing pelaksanaan ini ketika kos sara hidup masih menjadi topik sensitif. Dari tol, parkir, minyak sampai makan, semuanya semakin meningkat. Jadi bila caj baharu diperkenalkan, netizen memang cepat rasa terbeban.
Namun begitu, Murai rasa ramai juga boleh terima jika hasil kutipan ini benar-benar digunakan untuk penambahbaikan fasiliti, keselamatan jalan dan keselesaan pengguna. Sebab laluan ke Genting Highlands memang antara jalan yang sibuk terutama musim cuti sekolah dan hujung minggu.
Apa pun, bermula 28 Mei ini, nampaknya trip spontan ke Genting Highlands bukan lagi sekadar isi minyak dan gerak. Jangan lupa standby RM5 dulu
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
5
Sad
Sad
Weary
Weary

4 hours ago
3








































![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)


![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)




