Mimi Lana Pilu Tonton ‘Podcast’ Puteri Balqis & Ibunya-“Maruah Seorang Wanita & Ibu Telah Dipijak-Pijak..”

17 hours ago 9

Pelakon, Mimi Lana tampil bersuara terhadap pengalaman hitam yang terpaksa dilalui oleh ibu kepada pelakon Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz yang diperlakukan dengan kejam oleh artis wanita dan ahli politik.

“Maruah Seorang Wanita & Seorang Ibu Telah Dipijak-Pijak…”

Tulis Mimi Lana atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin menerusi hantaran di Threads, akui merasa hancur apabila mendengar pendedahan ibu Puteri Balqis dalam sebuah podcast selain menegaskan eksploitasi pemerdagangan manusia yang berlaku bukanlah satu gurauan.

“Ia mengambil masa yang lama untuk menghadam apa yang saya dengar. Dan lebih banyak saya fikir, ia menghancurkan saya. Pemerdagangan manusia bukanlah satu gurauan. Ini bukan konten. Ini bukan gosip.

Ini benar-benar trauma, terutamanya apabila ia berlaku di dalam industri yang saya sedang bekerja. Selepas menonton podcast penuh Puteri Balqis dan ibunya, hati saya rasa berat. Saya semakin overthinking sejak itu. Maruah seorang wanita dan seorang ibu telah dipijak-pijak.”-tulis Mimi di Threads

Mohon Pihak Polis Ambil Serius

Menyentuh mengenai dakwaan pelnglibatan artis veteran dan ahli politik terharap insiden hitam Puteri Balqis dan ibunya itu, Mimi turut meletakkan harapan agar pihak polis mengambil berat terhadap isu tersebut dengan serius.

“Ini tentang seorang ibu yang struggle membesarkan anaknya sebagai pelakon, tapi diperlakukan dengan jijik, keja, dan tidak bermaruah. Dan didakwa dilakukan oleh seorang artis wanita veteran dan seorang ahli politik. Malaysi ada undang-undang dan perkara ini langsung tak sepatutnya berlaku.

Saya sangat berharap Polis Diraja Malaysia ambil isu ini dengan sangat serius. Bukan sekadar dengar tetapi siasat. Kerana setiap kali kita diam, kita sedang membenarkan perkara ini berlaku lagi dan lagi. Kita tak nak negara kita ada another Jeffrey Epstein!. Pemerdagangan manusia adalah perbuatan yang keji!.”-tegas Mimi Lana lagi

Sama-sama kita doakan agar keadilan dapat ditegakkan..

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |