Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan sekaligus menganggap dia lelaki paling bertuah dalam dunia ini kerana mampu memiliki semuanya.
Tetapi sebab tiada sifat qana’ah dalam jiwanya membuatkan hidupnya jadi kosong. Sentiasa berasa ada yang kurang dalam rezeki yang diberikan Allah kepadanya. Setiap nikmat yang datang hanya bertahan seketika sebelum diganti dengan keinginan yang baru. Dia kejar lebih dan lebih lagi tanpa sedar yang hilang bukan harta, tetapi ketenangan.
Dan pada satu malam, ketika semua kemewahan itu tidak lagi mampu menenangkan hatinya, barulah dia sedar — yang selama ini bukan hidupnya yang kurang, tetapi syukurnya yang tiada. Ya, memang sangat menarik bila nilai qana’ah (rasa cukup dan reda dengan ketentuan Allah) diangkat sebagai plot cerita drama terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Drama TV RTM bertajuk “Malam Tiga Syukur”.
Sinopsis

Syukor selalu merasa tidak cukup dan tidak bersyukur dalam kehidupannya, mengabaikan isteri (Saleha) dan dua anaknya (Iman dan Cahaya) kerana mengejar sesuatu yang belum pasti menjadi rezekinya. Dia selalu merasa cemburu dengan kehidupan orang sekeliling, dan merasakan bahawa kehidupan orang lain yang dilihatnya pada mata kasar itu lebih bahagia dari kehidupannya sendiri. Sifat Qana’ah yakni merasa cukup itu tak pernah dia percaya, sehingga dia mempertikaikan takdir Tuhan mengapa hidupnya tak bahagia dan sering merasa tidak cukup.
Kun fayakun (sepertimana dalam surah Yassin ayat 82), pada malam tujuh likur ketika masing-masing selesai solat terawih, Syukor diberikan ‘peluang istimewa’ untuk hidup dalam badan tiga lelaki yang berbeza di kampungnya iaitu dalam badan Mubarak (sebagai ayah), Yassin (sebagai suami) dan Ramdan (sebagai anak). Hidup sebagai Mubarak, Syukor menjadi seorang ayah tunggal yang terpaksa bekerja siang dan malam demi menyara anak- anak yang ramai tanpa isteri. Hidup sebagai Yassin, Syukor menjadi seorang suami yang sakit, tapi dijaga dengan baik oleh isteri dan anak-anaknya. Hidup sebagai Ramdan, Syukor menjadi anak yang sangat taat dan patuh pada ibu yang demensia.

Syukor menyaksikan pula bagaimana ketiga-tiga lelaki lain itu secara bergilir mengambil tempat dirinya yang lama dan hidup bahagia di samping Saleha, Iman dan Cahaya. Ketika inilah Syukor merasakan bahawa hidupnya sebelum ini lebih beruntung berbanding tiga kawannya yang lain, dan dia mula berasa cemburu apabila orang lain yang menjadi ‘Syukor’ boleh hidup bahagia. Syukor mula merasa menyesal dan cuba untuk kembali pada tubuhnya yang lama, namun dia gagal walaupun pelbagai cara dia lakukan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan itu.
Namun masih adakah kesempatan untuk Syukur? Setiap manusia itu telah ditetapkan perjalanan takdir mereka oleh Tuhan. Di sini, RTM mengajak semua orang belajar mensyukuri walau sekecil nikmat yang boleh memberikan kebahagiaan pada keluarganya sekaligus mencari keredhaan Allah.
Drama disiarkan khas Malam Raya, pukul 9.00 malam di TV1 dan RTMKlik ini dibintangi pelakon Jay Iswazir, Azlan Kombos, Hafidzuddin, Sahrolnizam Noor, Datuk Hilal Azman, Wan Hanafi Su, Elizad Sharifuddin dan Fazlina Ahmad Daud.

2 hours ago
2










![[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-47.webp)
![[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-1-4.webp)

![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)





















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)





![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)

![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)



![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
