Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

8 hours ago 11

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence Awards 2026. Bukan itu sahaja, syarikat penerbangan Vietnam ni juga tersenarai dalam Top 10 World’s Best Low-Cost Airlines 2026. Memang power!

Jadi, apa rahsia Vietjet sampai boleh dapat gelaran ni? Jom kita tengok:

1. Harga Tiket Mesra Poket

Vietjet memang terkenal dengan harga tiket yang mampu milik. Ada juga promosi terkenal seperti “Zero Dollar” fare. Jadi, siapa pun boleh terbang tanpa rasa berat di dompet.

2. Pilihan Sesuai Dengan Keperluan Penumpang

Vietjet faham setiap orang ada cara perjalanan sendiri. Dari program kesetiaan SkyJoy hinggalah pilihan tambang Business dan SkyBoss, penumpang boleh pilih ikut keperluan. Nak makan? Ada hidangan Vietnam dan antarabangsa siap sedia di dalam penerbangan.

3. Pesawat Moden & Cekap

Vietjet guna pesawat moden yang jimat bahan api. Selain selamat, pesawat ini juga bantu syarikat terus berkembang, termasuk penerbangan ke Eropah nanti.

4. Keselamatan & Servis Tip Top

Keselamatan memang nombor satu. Vietjet dapat 7/7 bintang dari AirlineRatings, penarafan tertinggi! Selain itu, banyak pengiktirafan antarabangsa lain termasuk dari CAPA, World Travel Awards, Skytrax, dan World Business Outlook. Jadi, penumpang boleh terbang dengan tenang.

5. Pilihan Popular Untuk Rakyat Malaysia

Bagi rakyat Malaysia, Vietjet makin jadi pilihan kalau nak ke Vietnam atau destinasi lain di Asia Pasifik. Dengan penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Hanoi, Ho Chi Minh City, dan Da Nang, perjalanan percutian atau perniagaan jadi mudah dan selesa.

Jadi tak hairanlah Vietjet kekal sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier sejak 2018. Dengan harga tiket yang berpatutan, servis mesra, armada moden dan selamat, memang syarikat ni terus jadi pilihan ramai pengembara.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |