Jujur MURAI katakan, Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh nampak sangat manis dan sopan apabila menggayakan selendang. Berdasarkan beberapa kongsiannya di media sosial, Hannah dilihat kerap mengenakan selendang ketika menghadiri beberapa program di masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan.
Namun siapa sangka, di sebalik niat baiknya yang hanya mahu menghormati bulan suci ini. ada segelintir individu mengecam penampilannya.
Ramai yang memberi reaksi berbeza termasuklah menggelar penampilannya sebagai ‘wayang’ kerana mahu mengambil hati masyarakat setempat.
Foto – @hannahyeoh (FB)Untuk menjernihkan keadaan dan mengelakkan salah faham, Hannah membuat satu hantaran di platform Facebook, menjelaskan isu pemakaian selendang semasa bulan Ramadan.
Menurutnya, pemakaian selendang itu tidak bertujuan untuk mencipta satu persepsi tertentu tetapi sekadar menghormati adab ketika mengunjungi rumah ibadat.
“Bulan Ramadan ini saya hadir di banyak majlis berbuka puasa di masjid dan surau. Masuk rumah ibadat, semestinya ada adab. Dan saya selesa memakai selendang. Ini yang ramai tak faham.”
Foto – @hannahyeoh (FB)Akui hanya berniat baik dan sekadar menghormati, Hannah turut menjelaskan bahawa beliau tidak mahu menyinggung hati mana-mana pihak kerana tindakannya.
“Ada apa pada sehelai selendang? Dipakai dikata sekadar wayang. Tanpanya pula dituduh tidak hormat. Apa pun asalkan hati tenang, hanya Tuhan sahaja Pemberi rahmat.”
Foto – @hannahyeoh (FB)Walaupun ramai yang meninggalkan komen kritikan, namun MURAI mendapati masih ada sesetengah individu yang bangga dan memberi sokongan kepada Hannah Yeoh.
“Bertudung di majlis Ramadan sebagai tanda hormat bukanlah sesuatu yang baru. Ramai tetamu bukan Islam melakukan perkara yang sama apabila memasuki masjid atau menghadiri majlis keagamaan. Ia dipanggil ihsan, bukan konspirasi.”
“YB (Yang Berhormat), sesungguhnya, adab adalah cara hidup tanpa mengira bangsa atau agama. Malangnya ramai kehilangannya (kadang-kadang secara selektif). Awak melakukannya dengan hebat. Bukan sahaja pergi ke rumah ibadat memerlukan adab, waima nak ke restoran pun tak kan pakai baju renang kan?”
Apa pendapat kamu?

2 hours ago
2


































![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)




![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)




![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)

![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)

