Jangan Lepaskan Peluang! Program PERMATA NegaraTawar Pendidikan Percuma Untuk Anak B40

9 hours ago 4

Berita baik buat ibu bapa dan penjaga golongan B40! permohonan Program PERMATA Negara 2027 kini dibuka secara rasmi.

Program yang disediakan oleh kerajaan ini menawarkan asuhan dan pendidikan awal secara percuma kepada kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah, sekali gus membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan.

Lebih menarik, bukan sekadar tempat jagaan kanak-kanak biasa, malah menyediakan pembelajaran awal yang menyeluruh bagi menyokong perkembangan anak sejak usia muda.

Apa Itu Program PERMATA Negara?

Program PERMATA Negara merupakan inisiatif kerajaan Malaysia yang memberi fokus kepada asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti, khususnya kepada keluarga berpendapatan rendah.

Program ini mula diperkenalkan pada tahun 2007 dan kini telah berkembang ke seluruh negara dengan sebanyak 89 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) yang beroperasi di kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar.

Matlamat utamanya adalah memastikan setiap kanak-kanak mendapat permulaan hidup yang baik tanpa mengira latar belakang ekonomi keluarga.

@ecentral.my

Ada tak parents yang nak hantar anak berumur 2-4 tahun masuk Pusat Anak PERMATA Negara 2027? Belajar free tau! Boleh mohon online sampai 31 Ogos 2026 tau. #programanakpermatanegara #pusatanakpermatanegara #anakpermatanegara #permataneg #pendidikanawalkanakkanak

♬ original sound – eCentral – eCentral

Pendidikan Percuma Untuk Anak B40

Antara perkara yang paling menarik perhatian ialah tiada sebarang yuran dikenakan kepada keluarga yang layak.

  • Keutamaan diberikan kepada keluarga B40 dengan pendapatan isi rumah sekitar RM4,000 ke bawah.

Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa, malah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membina asas perkembangan diri sejak kecil.

Bukan Sekadar Belajar, Anak Turut Belajar Melalui Bermain

Berbeza dengan konsep pembelajaran konvensional, Program PERMATA Negara menggunakan pendekatan belajar sambil bermain.

Kanak-kanak akan didedahkan kepada konsep 3E, iaitu:

  • Exploring (Meneroka)
  • Experimenting (Mengeksperimen)
  • Experiencing (Mengalami)

Pendekatan ini membantu meningkatkan kemahiran sosial, komunikasi dan perkembangan emosi anak dalam suasana yang menyeronokkan.

Apa Yang Anak Akan Pelajari?

Program ini menggunakan Kurikulum Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang merangkumi enam bidang perkembangan utama:

  • Perkembangan fizikal dan psikomotor
  • Bahasa dan komunikasi
  • Awal matematik dan logik
  • Deria dan pemahaman dunia persekitaran
  • Kreativiti dan estetika
  • Sahsiah, sosioemosi dan kerohanian

Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk terlibat secara aktif dalam proses perkembangan anak.

Siapa Yang Layak Memohon?

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun
  • Keutamaan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40)
  • Anak berada dalam keadaan sihat
  • Bilakah Tarikh Permohonan Dibuka?

Permohonan dibuka bermula: 1 Jun 2026 hingga 31 Ogos 2026

Ibu bapa disarankan untuk membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah di saat akhir.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi Program PERMATA Negara.

Ibu bapa hanya perlu:

  1. Layari portal rasmi Program PERMATA Negara.
  2. Pilih lokasi pusat mengikut negeri.
  3. Lengkapkan borang permohonan.
  4. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Dokumen Yang Perlu Disediakan

Antara dokumen yang diperlukan ialah:

  • Salinan sijil kelahiran anak
  • Salinan rekod imunisasi anak
  • Salinan slip gaji atau penyata pendapatan ibu bapa/penjaga
  • Surat pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja
  • Peluang Yang Tidak Patut Dilepaskan

Dalam keadaan kos pendidikan awal kanak-kanak yang semakin meningkat, Program PERMATA Negara dilihat sebagai satu inisiatif yang mampu membantu ramai ibu bapa, khususnya golongan B40.

Bagi Murai, pada masa sama,kanak-kanak mendapat pendedahan awal yang berkualiti untuk membina keyakinan diri, kemahiran sosial dan asas pembelajaran sebelum memasuki alam persekolahan.

Kadangkala, permulaan yang baik ketika kecil mampu memberi impak besar terhadap masa depan seorang anak.

Untuk maklumat lanjut, ibu bapa boleh melayari portal rasmi Program PERMATA Negara atau Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

3

Star

Star

1

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |