Golongan B40 terus menjadi fokus utama kerajaan dalam memastikan tiada rakyat yang tercicir dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin mencabar. Tahun 2026 menyaksikan pelbagai inisiatif bantuan diperkenalkan bukan sahaja dalam bentuk tunai, malah meliputi pendidikan, kesihatan, perumahan dan subsidi bersasar.
Kalau sebelum ini ramai hanya tahu tentang bantuan popular seperti STR, hakikatnya ada banyak lagi bantuan ‘tersorok’ yang sebenarnya boleh dimohon cuma kurang didedahkan.
Apa Sebenarnya Maksud B40?
Secara ringkas, B40 merujuk kepada 40% kumpulan isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Untuk tahun 2026, kategori ini melibatkan isi rumah dengan pendapatan sekitar RM5,249 ke bawah.
Lebih menarik, kumpulan ini juga dipecahkan kepada beberapa subkategori (B1 hingga B4) bagi memastikan bantuan dapat disasarkan dengan lebih tepat kiranya lagi spesifik, lagi tepat bantuan sampai.
Bantuan Paling ‘Hot’ Untuk B40 Tahun 2026
Antara bantuan yang menjadi perhatian ramai termasuk:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – bantuan tunai utama yang diagihkan secara berfasa
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – bantuan barang dapur secara cashless setiap bulan
- Skim Perubatan MADANI – rawatan percuma di klinik panel
- mySalam – perlindungan takaful dengan bayaran sehingga RM8,000
- Bantuan Awal Persekolahan (BAP) – RM150 untuk setiap pelajar
- MyLesen B2 – peluang dapat lesen motosikal dengan kos lebih rendah
Bukan itu saja, ada juga bantuan berbentuk jangka panjang seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang bantu golongan B40 beli rumah walaupun tiada slip gaji tetap.

Bantuan Ikut Negeri Pun Banyak ‘Power’
Setiap negeri juga tampil dengan inisiatif tersendiri dan ini yang ramai terlepas pandang.
Selangor
Antara negeri paling banyak bantuan.
- Baucar Kita Selangor (RM100/bulan)
- HPIPT (RM1,000 one-off pelajar)
- Bantuan yuran universiti (BAYU)
- Rawatan kesihatan (ISS)
- Air percuma (SADE)
https://akses.selangor.gov.my
https://hpipt.selangor.gov.my
https://www.airselangor.com
Johor
- Bantuan Kasih Johor (bantuan utama)
- Bantuan rumah pertama
- RM200 untuk e-hailing/p-hailing
- Insentif mahasiswa (IMAJ)
https://bantuankasihjohor.johor.gov.my
https://semakan.paj.com.my
Sabah
- Program SYUKUR (RM300/bulan)
- Bantuan IPT (one-off)
- Laptop percuma (BAIK)
- Bantuan sekolah
https://padans.sabah.gov.my
https://baik.sabah.gov.my
Sarawak
- SKAS (bantuan cashless)
- Diskaun bil elektrik 25%
- Bantuan deposit rumah
- Bantuan pendidikan
https://sarawak.gov.my
https://service.sarawak.gov.my
Negeri Sembilan
- Bantuan masuk IPT
- Bantuan ibu tunggal
- Bantuan kesihatan (kanser dll.)
- Rumah tanpa faedah
Melaka
- Bantuan MeSRa (asnaf & miskin)
- Bantuan bayi, susu & lampin
- Bantuan pengurusan jenazah
Perlis
- Bantuan khas kewangan
- Bantuan pendidikan IPT
- Sumbangan beras
Kedah
- Bantuan RM2,000 penjawat awam
- Bantuan kematian (i-Kafalah)
- Baik pulih rumah
- Bantuan IPT
https://kedahcare.kedah.gov.my
Kelantan
- Bantuan rumah dhuafa
- Bantuan zakat & kecemasan
- Bantuan pendidikan
- Bantuan bulanan JKM
https://ebantuan.kelantan.gov.my
Terengganu
- Bantuan zakat MAIDAM
- Bantuan tambahan KAHA
- Bantuan i-Fitri
- Bantuan perubatan
Pahang
- Bantuan kelahiran (RM300)
- Bantuan pelajar IPT (RM400)
- Biasiswa Yayasan Pahang
Perak
- Kad Perak Sejahtera (RM100/bulan)
- Bantuan mahasiswa
- Baucar buku
- Rumah Perakku
Pulau Pinang
- i-Sejahtera (warga emas, ibu tunggal dll.)
- Bantuan pelajar IPT
https://isejahtera.penang.gov.my
Wilayah Persekutuan
- Bantuan bulanan RM150 – RM500
Pendek kata, setiap negeri ada ‘versi bantuan’ masing-masing, tinggal rajin semak atau tidak sahaja.
Cara Nak Mohon? Ini Ramai Selalu Terlepas
Salah satu ‘kunci utama’ untuk layak menerima bantuan ialah dengan mendaftar dalam sistem eKasih.
Ramai tak sedar, tanpa pendaftaran ini, peluang untuk dapat bantuan seperti SARA atau bantuan miskin tegar memang tipis.
Selain itu, pastikan juga:
- Maklumat peribadi sentiasa dikemas kini
- Daftar dalam portal bantuan negeri masing-masing
- Sentiasa peka dengan tarikh permohonan
Bila tengok senarai bantuan B40 tahun 2026 ni, jelas kerajaan memang cuba cover pelbagai aspek kehidupan daripada perut (makanan), kesihatan, pendidikan sampai ke tempat tinggal. Namun realitinya, cabaran sebenar bukan pada kekurangan bantuan tetapi pada tahap kesedaran rakyat sendiri.
Murai rasa masih ramai yang layak, tapi tak mohon. Masih ada yang tak tahu langsung kewujudan bantuan tertentu. Jadi, kalau anda atau keluarga dalam kategori B40, ini masa terbaik untuk ambil peluang. Jangan tunggu viral baru nak apply kadang-kadang bila dah viral, tarikh tutup pun dah dekat. Bak kata netizen, “rezeki jangan tunggu datang, kena cari juga.”

6 hours ago
7













































![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)






