Seorang individu, yang dikenali dengan nama Ahmad Fikri telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi bahawa dirinya menjadi rakan sekelas kepada Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Kisahnya bermula apabila seorang individu meminta pengguna Threads untuk berkongsi pencapaian pendidikan di ruangan komen. Dan di tengah-tengah perkongsian itu. Ahmad memuat naik beberapa keping gambar, mendedahkan dirinya dan Tengku Ampuan Pahang ialah rakan sekelas di salah satu institut pengajian tinggi.
Foto – @fikri.madyiii (Threads)“Daftar Master semester ini (bulan 3) dan Tuanku TAP (Tengku Ampuan Pahang) ialah rakan sekelas saya. Ini Tuanku semester lepas dan baginda akan melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD sejurus selepas ini.”
Dalam pada itu, Ahmad turut berkongsi bahawa Tengku Ampuan Pahang sangat komited dan bersemangat dalam menuntut ilmu.
“Tuanku sangat komited untuk belajar, peringkat seterusnya ada BAKAT (Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera). Malah dalam perjalanan untuk merasmikan program itu, baginda akan membaca buku yang diberikan dalam kereta. Betul-betul kena belajar daripadanya untuk bersikap rendah diri dan komited untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.”
Apabila menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meninggalkan pelbagai reaksi yang berbeza, termasuklah segelintirnya yang teruja dan membayangkan bagaimana perasaan menjadi rakan sekelas Tengku Ampuan Pahang.
“Cuba bayangkan buat group discussion, baginda ajak buat kat Istana Hinggap.”
“Flex sebenarnya berada dalam kelas yang sama dengan TAP. Semoga berjaya!”
“Hebatnya. Selalu dengar macam orang classmate dengan anak-anak raja. Ni terus permaisuri jadi classmate.”
Malah ada bertanyakan bagaimana mereka berkomunikasi memandangkan terdapatnya jurang perbezaan dari segi darjat.
“Tuanku sangat merakyat, Tuanku tidak formalisasikan diri sebagai ‘beta’ tapi menggunakan ganti diri ‘saya’. Jadi saya pun menggunakan ‘saya-Tuanku'”, kongsi Ahmad.
Ahmad Fikri turut berkongsi bahawa KPDB Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengambil kursus Sarjana Sastera dalam Pemikiran dan Tamadun Islam.

3 hours ago
6









![[VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Feature-Image-2000-Px-PHIC-22.webp)









![[VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Feature-Image-2000-Px-PHIC-4-3.webp)
















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)


![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)

![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)



