Hospital Sultanah Aminah Jadi ‘Sasaran’ Mercun, Tunku Idris Bersuara Di Threads

5 hours ago 6

MURAI perasan sejak kebelakangan ini, ada satu isu yang buat ramai warganet menggeleng kepala. Mana tidaknya, kawasan hospital yang sepatutnya tenang tiba-tiba didakwa menjadi lokasi bunyi mercun dan bunyi bising motosikal.

Beberapa individu yang berada di Hospital Sultanah Aminah meluahkan rasa kurang senang apabila bunyi kuat itu didakwa berlaku berhampiran bangunan hospital sehingga mengganggu pesakit.

Pesakit Kongsi Pengalaman Sendiri

Di media sosial, seorang pengguna dikenali sebagai fieqajaybe2025 berkongsi pengalamannya ketika sedang menerima rawatan di hospital tersebut.

Menurutnya, ketika sedang menahan kesakitan, tiba-tiba kedengaran bunyi motosikal yang dipulas kuat serta bunyi seperti prank berhampiran bangunan pesakit.

Malah dia mendakwa individu yang terlibat dipercayai merupakan staf hospital sendiri.

Luahnya,

“Saya salah seorang pesakit yang menghadapi situasi ini di Hospital Sultanah Aminah. Tengah berperang dengan sakit, tiba-tiba bunyi motor orang buat prank betul-betul dekat bangunan kami dan bunyinya sangat kuat. Lebih mengejutkan, pemilik motor itu dikatakan staf HSA sendiri.

Boleh tak hentikan perkara seperti ini? Dalam keadaan macam ni, pesakit memang perlukan pertimbangan. Kalau mereka sendiri tak ada pertimbangan terhadap orang lain, kenapa kita pula yang perlu bertolak ansur dengan tindakan yang dianggap tidak sensitif ini?”

Warganet Persoal Sikap Tidak Peka

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya bersetuju kawasan hospital perlu dijaga ketenteramannya.

Seorang lagi pengguna, fazindarafiqa, turut meninggalkan komen yang cukup ringkas tetapi ‘pedas’.

“Sedangkan bunyi hon pun tak dibenarkan di kawasan hospital, ini pula mercun. Mana common sense? Jangan ingat nak seronok saja, kesian yang berada di hospital.”

Memang ada betulnya juga kata warganet. Hospital bukan tempat untuk berseronok, sebaliknya tempat orang sedang berjuang melawan sakit.

Teguran Ringkas Dari Tunku Idris

Isu itu turut sampai ke perhatian Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim yang memberikan teguran ringkas menerusi Threads.

“Tolong jangan main mercun di sebelah hospital (Hospital Sultanah Aminah).”

Walaupun ayatnya pendek, teguran tersebut pantas menarik perhatian ramai apabila perkongsian itu menerima lebih 15,000 tanda suka serta ratusan komen daripada warganet.

Bagi MURAI, perkara seperti ini sebenarnya sangat mudah  cuma perlukan sedikit empati. Bayangkan kalau kita sendiri atau ahli keluarga sedang sakit di hospital, sudah tentu kita mahukan suasana yang tenang untuk berehat.

Seronok mungkin hanya seketika bagi sesetengah orang, tetapi bagi pesakit yang sedang menahan sakit, bunyi bising seperti itu boleh menjadi gangguan yang cukup besar. Kadang-kadang, perkara paling penting bukanlah peraturan… tetapi common sense dan rasa hormat terhadap orang lain.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |