Pelakon, Nur Fazura meluahkan rasa bangga apabila dapat menghadiri majlis graduasi abangnya yang berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Undang-Undang di University of London, baru-baru ini.
Fazura menerusi hantaran di Thread, Fazura menyifatkan lawatannya ke London pada kali ini lebih istimewa apabila dapat meluangkan masa bersama abang tercinta seperti ketika mereka masih kanak-kanak.
”Alhamdulillah, lawatan Faz ke London pada kali ini sangat bermakna kerana berpeluang meraikan majlis graduasi abang Faz dan kami dapat meluangkan lebih banyak masa bersama, persis waktu kanak-kanak dulu.
Abang Faz telah menamatkan pengajian Sarjana Undang-undang (Master of Laws, LL.M), University of London. Tentu sekali Faz merasa amat bangga, terinspirasi dan teruja dengan pencapaiannya.”- tulis Fazura di Thread

Fatima Mahu Jadi Bijak Seperti Bapa Saudara
Dalam pada itu, dia menyifatkan dirinya kini harus bekerja keras dari sekarang selepas anak perempuannya, Fatima Aisya mempunyai cita- cita untuk menjadi seorang yang bijak seperti bapa saudaranya itu.
”Fatima pula dah mula tanam cita-cita.. ‘Mummy, i want to study hard and be smart just like Pak Long… MasyaAllah.. means lebih 500 hari lah jawabnya di London nanti.. Mommy pula kena work hard dari sekarang lah hehe..
Apapun, Faz bersyukur dikurniakan keluarga yang baik dan penyayang. Akhir kata, Faz dengan rendah diri ingin mengucapkan Terima kasih kepada semua darlings Faz atas ucapan tahniah dan perkongsian rasa gembira ini bersama. Lots of LOVE to you always..#masyaAllahtabarakAllah

Sekadar info, Fazura pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor, Fattah Amin pada 27 November 2017 sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada 7 Oktober 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

5 hours ago
6


![[VIDEO] Bella Astillah Bantu Mangsa Kebakaran Di Sandakan, Netizen Puji!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/3ed8aa36-dc05-4ba1-a5ab-7cd72e157f54.webp)






































![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)







