Umum mengetahui pelakon, Eyka Farhana baru sahaja mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.
Terkini, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik beberapa keping foto yang menampakkan ‘baby bump’ miliknya yang semakin membesar selain menitipkan rasa syukur dengan perubahan kehidupannya yang indah daripada bergelar seorang isteri kepada seorang ibu tidak lama lagi.
“Mama to be 🤍. MasyaAllah hanya dalam satu tahun, hidup saya telah berubah dengan indah, daripada menjadi seorang isteri kepada seorang ibu nanti.
Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa hati saya bersyukur dan disayangi sekarang ini. Semoga Allah lindungi bayi saya, memastikan si kecil membesar dengan sihat dan gembira di dalam diri saya. Alhamdulillah, terima kasih semua orang di atas doa dan kasih sayang yang tiada penghujung kepada kami.”-tulis Eyka di Instagram
Undang Teguran Netizen

Di sebalik ramai yang menitipkan ucapan tahniah, sesetengah netizen memberikan teguran terhadap penampilan Eyka yang sangat ketat sehingga menampakkan sebahagian tubuh badannya biarpun mengenakan dres labuh.
“Segannya tengok pakaian 😭.”
“Kenapa la pakai macam tu, sangat tak sesuai bawa gelaran seorang Muslim. Tolong la jaga cara berpakaian. Bangga ke tunjukkan pada dunia. Allahuakbar.”
“Allah dah bagi dan kabulkan doa kita. Kita sayang lah Allah juga usaha jaga aurat kita macam mana Allah suruh. At least berpakaian sopan pun dah cukup sebagai permulaan. Post gambar baju ketat-ketat nampak kulit badan tapi guna kalimah-kalimah Allah. Tak rasa segan ke kat Allah buat apa yang Dia tegah?.”
“Mengandung tutuplah aurat, suami dosa tak tegur isteri.”
Sekadar info, Eyka Farhana mendirikan rumah tangga bersama Akhyar Rashid pada 2 Mei 2025. Hasil perkahwinan, Eyka kini sedang sarat hamil cahaya mata pertama.

3 weeks ago
48












![[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-47.webp)
![[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-1-4.webp)

![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)



















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)






![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)



![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
