Doktor Kontrak Tarik Nafas Lega, Kerajaan Lulus Elaun Pertukaran & Perpindahan

15 hours ago 10

Berita baik buat doktor kontrak yang bakal menerima lantikan tetap di bawah Kementerian Kesihatan (KKM). Kerajaan bersetuju memberikan elaun pertukaran dan perpindahan kepada pegawai perubatan terlibat bermula tahun 2025, satu langkah yang disifatkan sebagai ‘game changer’ buat golongan ini.

Tobacco, vape industry didn't influence generational smoking ban proposal withdrawal, says Dzulkefly | Daily Express Malaysia - Sabah's Leading News PortalMenteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, memaklumkan bahawa pemberian elaun ini adalah yang pertama seumpamanya dan bertujuan membantu doktor menyesuaikan diri ketika berpindah ke tempat tugas baharu.

Apa Yang Boleh Dituntut?

Menurut beliau, doktor yang layak boleh menuntut pelbagai bentuk elaun, antaranya:

  • Elaun makan
  • Bayaran sewa hotel atau elaun lojing
  • Tambang perjalanan
  • Tambang pengangkutan barang
  • Pemberian pindahan
  • Belanja pelbagai

Lebih menarik, tuntutan sehingga 100 peratus dibenarkan bagi pertukaran antara wilayah, khususnya dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak atau Labuan, dan sebaliknya.

Manakala bagi pertukaran dalam wilayah yang sama, sama ada di Semenanjung, Sabah, Sarawak atau Labuan  tuntutan dihadkan kepada 50 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Bukan Sekadar Elaun, Tapi Sokongan Moral

Beliau berkata, langkah ini diharap dapat mengurangkan tekanan kewangan doktor yang perlu berpindah jauh dari keluarga serta membantu mereka menyesuaikan diri di lokasi baharu.

“Diharapkan elaun ini dapat membantu para pegawai perubatan untuk berpindah dan menyesuaikan diri di tempat baharu dan KKM akan memperjuangkan supaya pemberian elaun ini diteruskan,” katanya ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat.

Via facebook rasmi Seri Dr Dzukefly Ahmad

Isu BIW: Tiada Pemotongan, Ini Penjelasan KKM

Dalam masa sama, beliau turut menepis dakwaan bahawa Bantuan Imbuhan Wilayah (BIW) dipotong susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Tidak pernah dilaksanakan sebarang pemotongan ataupun pengurangan elaun termasuk bayaran insentif wilayah ini. Sebaliknya melalui SSPA, kerajaan bersetuju untuk menetapkan suatu kadar pegun bagi penerima sedia ada dan kadar baharu bagi pegawai baharu yang berkelayakan” katanya.

Menurutnya, tiada sebarang pengurangan elaun dilakukan, sebaliknya kerajaan menetapkan kadar elaun BIW secara pegun:

  • Penerima sedia ada kekal dengan amaun terakhir sebelum SSPA
  • Pegawai lantikan baharu atau baharu berkelayakan menerima kadar tetap baharu antara RM270 hingga RM960 sebulan

Pelaksanaan kadar pegun BIW ini berkuat kuasa sejak 1 Disember 2024, khusus bagi pegawai yang bertugas di Sabah dan Sarawak.

Pendek kata, bukan sahaja elaun baharu diperkenalkan, malah kebajikan sedia ada juga dikekalkan, satu perkembangan yang pastinya dinanti-nantikan oleh ramai doktor kontrak.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |