Didakwa Ganggu Hannah Delisha, Individu Tegur Sikap Lelaki- “Sibuk Nak Pegang Tangan Sampaikan…”

3 hours ago 3

Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar tentang pelakon jelita Hannah Delisha kan? Pagi tadi, MURAI ternampak sebuah hantaran seorang pengguna platform Threads, mendakwa seorang lelaki yang tidak dikenali cuba untuk menganggu Hannah.

Berdasarkan hantaran individu, yang dikenali dengan nama pengguna @babyereen97, dia mendedahkan bahawa dia telah dijemput untuk ke acara Chagee yang diadakan di IOI City Mall semalam.

Foto – @delishadarlings_ (Threads)

Menurutnya, acara tersebut sangat menyeronokkan dan berjalan dengan lancar sehinggalah seorang lelaki bertindak untuk menganggu pelakon tersebut dengan percubaan untuk memegang tangannya.

“Semalamkan I pergi private event yang CHAGEE moreh with Hannah Delisha tu, memang best. Tapi ada 1 situasi ni membuatkan Hannah Delisha tak selesa sebabnya ada seorang lelaki macam sibuk nak pegang-pegang tangan Hannah.”

Individu itu turut mendedahkan bahawa lelaki itu juga mengambil kesempatan untuk mendekati Hannah sehingga pelakon itu terpaksa menjauhkan diri kerana berasa kurang selesa.

“Lepas tu nak dekat-dekat sampaikan Hannah jauhkan diri sikit time tu.”

Pada masa yang sama, individu tersebut juga meminta orang ramai untuk menghormati selebriti kegemaran mereka dan menjaga batas memandangkan kebanyakannya bergelar status suami atau isteri orang.

“I bukan apa la kan tapi, fikir la ya dia dah berkahwin dan dah bersuami, tapi i tak nafikan dia memang cantik dalam TV, cantik kat luar lagi cantik. But please behave ya thank you.”

Untuk makluman, CHAGEE telah menganjurkan acara Moreh Meet & Greet bersama pelakon Hannah Delisha di IOI City Mall pada 10 Mac 2026. Suasana acara berlangsung meriah dengan kehadiran peminat yang tidak melepaskan peluang untuk berinteraksi dan bergambar dengan Hannah.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |