Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open House yang dianjurkan oleh Shangri-La Kuala Lumpur menerusi restoran terkenal mereka, Lemon Garden.
Bermula 21 Mac hingga 19 April 2026, buffet istimewa ini membuka ruang untuk keluarga, rakan-rakan dan juga majlis korporat berkumpul sambil menikmati hidangan Raya yang cukup meriah dan penuh nostalgia.
Kalau sebut Lemon Garden, ramai yang sudah tahu reputasinya sebagai antara lokasi buffet paling popular di Kuala Lumpur.
Dengan konsep dapur terbuka dan live cooking station, para tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa dari masakan Melayu, Cina, India, sehinggalah menu Barat, Itali, sushi, sashimi serta hidangan seafood segar atas ais.
Menariknya, keseluruhan menu Raya ini dipimpin oleh Chef Mohammad Safril, chef pakar masakan Melayu yang turut diiktiraf oleh Jabatan Warisan Negara. Gabungan resipi tradisional dengan teknik moden menjadikan hidangan di sini terasa autentik tetapi tetap elegan.
Antara menu yang pasti mencuri perhatian termasuk nasi briyani kambing yang wangi dengan rempah, serta ayam masak hitam yang dimasak dengan sos kicap pekat penuh rasa.
Bagi penggemar makanan laut pula, jangan lepaskan peluang mencuba gulai kepah mangga muda, serta ikan kerapu berlado dengan sambal pedas. Satu lagi hidangan yang cukup padu ialah daging salai lemak cili api, menu klasik Negeri Sembilan yang berlemak, pedas dan berasap memang padu!
Di luar restoran pula, suasana warung menjadi tarikan tersendiri apabila tetamu boleh menikmati roti jala panas, bersama hidangan klasik Raya seperti ketupat, lemang dan serunding memang terasa seperti balik kampung!
Pemanis Mulut
Sebagai penutup yang manis, pavilion pencuci mulut menyediakan pelbagai pilihan dessert menarik. Antaranya pandan crème brûlée dengan lapisan karamel rangup, burnt cheesecake durian, serta rose cream caramel yang lembut dengan aroma bunga mawar.
Pendek kata, kalau anda sedang mencari lokasi open house Raya yang meriah, mewah tetapi masih penuh rasa tradisi, buffet di Lemon Garden ini memang patut masuk dalam senarai wajib cuba tahun ini. MURAI pun dah boleh bayangkan… pinggan pertama belum habis, sudah rancang nak ambil lauk pusingan kedua!

8 hours ago
5











![[VIDEO] Gelagat Remy Ishak Salam Raya Ibu Undang Gelak Tawa- “Menekan-Nekan Minta Maaf Tu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-28.webp)






![[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/KV_Samsung-Mobile-Galaxy-S26-Series-New-Bach-and-Handel-Classical-Ringtones_dl1-scaled.webp)























![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)


![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)




