Beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban, dan inilah masa sesuai untuk kenali Aliyah Rizq Farm yang merupakan sebuah ladang ternakan moden di Desaru yang bukan sahaja menyediakan perkhidmatan aqiqah dan qurban, tetapi juga dibuka kepada orang ramai untuk merasai pengalaman kehidupan di ladang. Dengan konsep santai dan mesra pengunjung, tempat ini menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mendekati haiwan ternakan sambil menikmati suasana alam yang tenang.
Terletak di Desaru, Johor, ladang ini bukan sekadar tempat ternakan biasa, tetapi turut dibuka kepada pengunjung yang nak merasai pengalaman “farm life” secara dekat.
Dari Ladang Kecil Ke 100 Ekar
Gambar: Official Website @AliyahRizqfFarmApa yang menarik, Aliyah Rizq Farm bermula pada tahun 2015 sebagai ladang kecil seluas 2 ekar di Mersing dengan hanya sekitar 30 ekor kambing dan biri-biri.
Kini, ia sudah berkembang menjadi ladang seluas 100 ekar di Desaru dengan lebih 1000 haiwan ternakan termasuk kambing, biri-biri, lembu, kuda dan pelbagai jenis unggas. Perkembangan ini menunjukkan permintaan yang semakin tinggi, terutamanya untuk perkhidmatan aqiqah dan qurban.
Kalau bayangkan ladang hanya penuh dengan haiwan, di sini konsepnya lebih santai dan mesra pengunjung. Kalian boleh berjalan di kawasan hijau yang luas, hirup udara segar dan lupakan sekejap tekanan harian.
Suasana di ladang ini memang sesuai untuk mereka yang nak kosongkan fikiran dan healing sambil menikmati kehidupan desa yang tenang.
Aktiviti Menarik Untuk Semua
Pengunjung juga boleh cuba pelbagai aktiviti menarik seperti:
- Menunggang kuda atau pony
- Jungle trail ride
- ATV di laluan hutan
- Farm tour bersama keluarga
- Pengalaman memerah susu anak haiwan
- Barbecue
Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur, sama ada datang solo, dengan kawan atau family.
Harga Untuk Aktiviti Ladang & Menunggang Kuda
Gambar: Official Website @AliyahRizqfFarmPeluang Dekat Dengan Haiwan
Salah satu tarikan utama di Aliyah Rizq Farm ialah peluang untuk berinteraksi secara dekat dengan haiwan seperti kuda, kambing dan biri-biri. Bagi kanak-kanak, ini bukan sahaja pengalaman seronok, tetapi juga peluang belajar tentang haiwan dan alam semula jadi secara lebih praktikal.
Lagi Banyak Tarikan Akan Datang
Menariknya, pihak ladang juga sedang merancang beberapa aktiviti baharu seperti:
- Tunggang unta
- Prawning dan memancing
- Glamping
- Flying fox dan abseiling
- Indoor playground
Kalau semua ini sudah dibuka nanti, memang lagi meriah pengalaman di sini.
Info Penting Sebelum Datang
Lokasi ladang ini terletak di Desaru, Johor, berhampiran Bandar Penawar. Disebabkan kawasan agak pedalaman, disarankan untuk simpan atau cetak arah jalan sebelum ke sana kerana line telefon mungkin terhad.
Untuk aktiviti seperti horse riding, ATV dan farm, tour sebaiknya buat tempahan awal bagi elakkan slot penuh.
Aliyah Rizq Farm bukan sahaja sesuai untuk tujuan ibadah seperti aqiqah dan qurban, tetapi juga destinasi santai untuk bercuti pendek.

4 hours ago
2
![[VIDEO] Syed Saddiq Nafi Langgar Adat Pertunangan, – “Saya Tak Berucap Ya..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Baru-Syed-Saddiq2.webp)
















![[VIDEO] Bella Astillah Bantu Mangsa Kebakaran Di Sandakan, Netizen Puji!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/3ed8aa36-dc05-4ba1-a5ab-7cd72e157f54.webp)




















![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)










![[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4dd9619a-ce63-4f27-bdd8-9e0339205594.webp)