Beli Barang Online, Tapi Disuruh Cancel? Pembeli Dakwa Diugut Hantar Kotak Kosong Dan Sebar Alamat

6 hours ago 5

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencetuskan perhatian ramai selepas seorang pengguna mendakwa menerima layanan tidak profesional daripada seorang penjual selepas membuat pembelian di sebuah platform e-dagang.

Menurut perkongsian tersebut, pembeli berkenaan mendakwa penjual terus meminta supaya pesanan yang baru dibuat dibatalkan hampir serta-merta. Namun keadaan menjadi tegang apabila pembeli tidak bersetuju untuk membatalkan pesanan tersebut.

Situasi itu bukan sahaja mengejutkan ramai, malah membuka perbincangan mengenai etika peniaga dalam talian serta perlindungan pengguna ketika membeli-belah secara digital.

Penjual Didakwa Ugut Hantar Parcel Kosong

Menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsikan, penjual dilihat menghantar mesej yang berbunyi seolah-olah mengugut untuk menghantar parcel kosong sekiranya pembeli tidak membatalkan pesanan.

Dalam mesej tersebut, penjual didakwa menulis bahawa mereka akan menghantar “empty parcel” jika pesanan tidak dibatalkan, seolah-olah menganggap pembeli akan tetap kehilangan wang walaupun barang tidak dihantar dengan betul.

Pembeli kemudian membalas dengan menyatakan bahawa dia hanya akan menunggu proses pemulangan wang sekiranya perlu. Namun selepas itu, situasi dilihat semakin tegang apabila penjual didakwa mula menggunakan kata-kata penghinaan.

Antara mesej yang dikongsi menunjukkan penjual memanggil pembeli dengan kata-kata kesat serta memperlekeh kemampuan pembeli untuk membeli barangan tersebut.

Champion Shopee Seller
byu/snakelordx inmalaysians

Ancaman Sebar Alamat Cetus Kebimbangan

Apa yang lebih membimbangkan, penjual tersebut juga didakwa mengugut untuk menyebarkan alamat pembeli di internet.

Dalam tangkap layar yang dikongsikan, terdapat mesej yang menyebut bahawa alamat pembeli akan “diletakkan di seluruh internet”, sesuatu yang mencetuskan kebimbangan berkaitan keselamatan dan privasi.

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada ancaman itu benar-benar dilakukan, ramai pengguna internet berpendapat ugutan sebegitu tidak sepatutnya berlaku dalam urusan jual beli biasa.

Netizen Kongsi Pandangan Dan Nasihat

Meninjau ruangan komen, rata-rat netizen menyarankan agar pembeli menyimpan semua bukti perbualan sekiranya isu tersebut perlu dilaporkan.

Ada juga yang berpendapat tindakan penjual mungkin berkait dengan sistem penalti pembatalan pesanan yang lazim wujud dalam platform e-dagang. Dalam sesetengah kes, penjual mungkin dikenakan penalti jika mereka sendiri yang membatalkan pesanan, menyebabkan ada yang cuba meminta pembeli melakukannya.

via Reddit /@Takane-Dayo
via Reddit /@Quithelion
via Reddit /@arbiter12

Namun begitu, kebanyakan netizen menegaskan bahawa ugutan dan penghinaan bukanlah cara yang wajar untuk menyelesaikan situasi seperti itu.

Pengguna Digesa Lebih Berhati-Hati

Kes seperti ini menjadi peringatan bahawa walaupun membeli-belah dalam talian semakin mudah, pengguna tetap perlu berhati-hati dan menggunakan saluran rasmi platform sekiranya berlaku sebarang pertikaian.

Menyimpan bukti perbualan, tangkap layar transaksi dan rekod pesanan juga dilihat penting sekiranya perlu membuat laporan atau tuntutan pemulangan wang.

Dalam masa sama, ramai berpendapat peniaga dalam talian perlu menjaga etika perniagaan kerana kepercayaan pelanggan merupakan antara perkara paling penting dalam dunia e-dagang hari ini.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |