Baucar Jom Shopping Perayaan, 25,000 Rakyat Selangor Terima RM200

13 hours ago 8

Berita gembira buat rakyat Selangor, Baucar Jom Shopping Perayaan kembali dilaksanakan untuk membantu masyarakat menyambut musim perayaan dengan lebih meriah.

Kerajaan Negeri Selangor akan mengagihkan 25,000 baucar bernilai RM200 setiap satu, dengan peruntukan keseluruhan RM5 juta, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Fokus Golongan B40 & Berpendapatan Rendah

Inisiatif ini disasarkan khas untuk golongan B40 dan berpendapatan rendah di seluruh Selangor. Setiap penerima bakal menerima baucar melalui pejabat DUN masing-masing, memastikan agihan lebih tersusun dan sampai kepada mereka yang benar-benar layak.

Via akaun rasmi Thread Amirudin Shari

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, menerusi kenyataan beliau di aplikasi Threads setiap pejabat DUN kini sedang mengemas kini senarai penerima agar bantuan benar-benar sampai kepada mereka yang berhak.

“Menjelang Tahun Baharu Cina, RM25,000 bauncer Ini sumbangan Kerajaan Negeri agar kemeriahan perayaan ini dirasai semua tanpa ada yang merasa terpinggir atau terbeban.” katanya

Peruntukan RM5 juta ini bakal disalur ke 56 DUN di seluruh negeri bagi membantu keluarga B40, sekali gus menekankan komitmen kerajaan negeri dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya ketika musim perayaan yang sering menyaksikan peningkatan perbelanjaan isi rumah.

May be an image of text that says "MALAYSIA MADANI PINS "Sebanyak 25, 25,000 baucar Jom Shopping bernilai RM200 diagihkan sempena Tahun Baharu Cina." #Kita aknafelangur MADANI MADANI 船 PIGR GR JOM JOMSHO SHO ING SERME RAYA តូជ៉ិន VRAIDU KEDOR KxoPTAMR LAMOOA fodox @pinsselangor V. PAPPARAIDU EXCO Pembasmian Kemiskinan Selar Selangor ngor KITASELANGOR KITA Media Selangor 19 Januari 2026"Via facebook rasmi Pusat Informasi Negeri selangor

Cara Penggunaan Baucar

Baucar tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan dan persiapan perayaan di kedai yang mengambil bahagian dalam program ini. Ia bertujuan bukan sahaja untuk meringankan beban kewangan, tetapi juga menyemarakkan semangat perayaan di kalangan rakyat Selangor.

  • Penerima perlu membawa baucar, kad pengenalan, dan hadir ke lokasi ditetapkan pada tarikh yang dimaklumkan oleh pejabat DUN masing-masing.
  • Semak Lokasi, baucar hanya boleh ditebus di pasar raya atau kedai yang telah disenaraikan oleh kerajaan negeri.
  • Penerima mesti hadir sendiri ke pasar raya yang ditetapkan pada tarikh yang dimaklumkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN.
  • Dokumen Wajib: Bawa kad pengenalan asal dan baucar fizikal semasa sesi membeli-belah.
  • Jenis Barangan: Baucar digunakan untuk pembelian barang keperluan asas dan persiapan perayaan.
  • Tebus Baucar: Serahkan baucar kepada juruwang semasa pembayaran.

Dengan inisiatif ini, kerajaan negeri berharap rakyat dapat menyambut perayaan dengan lebih tenang dan bergaya, sambil memastikan kos harian lebih terkawal.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |