Bantuan Kanak-Kanak JKM Hingga RM1,000 Sebulan, Ini Cara Mohon & Syarat Kelayakan

2 hours ago 2

Golongan ibu bapa atau penjaga yang menjaga anak-anak di bawah umur 18 tahun kini boleh mendapatkan bantuan kewangan melalui Bantuan Kanak-kanak (BKK) yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bantuan ini merupakan antara inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu keluarga berpendapatan rendah menampung kos sara hidup serta memastikan kebajikan kanak-kanak terus terpelihara.

Melalui bantuan ini, keluarga atau penjaga yang layak boleh menerima bantuan tunai secara bulanan bagi membantu menanggung perbelanjaan keperluan asas dan pendidikan anak-anak.

Via Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak

Selain itu, bantuan ini juga bertujuan memastikan kanak-kanak yang kehilangan penjaga atau berada dalam keadaan memerlukan masih dapat meneruskan kehidupan bersama keluarga tanpa menjejaskan perkembangan mereka.

Apa Itu Bantuan Kanak-Kanak (BKK)?

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) merupakan bantuan kewangan bulanan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada keluarga atau penjaga yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun.

Bantuan ini diberikan kepada keluarga yang berpendapatan rendah bagi membantu menampung kos kehidupan anak-anak termasuk keperluan harian, pendidikan serta kebajikan mereka.

Program ini juga bertujuan memperkukuhkan institusi kekeluargaan supaya kanak-kanak dapat terus membesar dalam persekitaran keluarga yang stabil dan selamat.

Kadar Bantuan BKK JKM

Jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut umur anak seperti berikut:

  • RM250 seorang sebulan bagi kanak-kanak 6 tahun ke bawah.
  • RM200 seorang sebulan bagi kanak-kanak 7 hingga 18 tahun.
Via Laman Web Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga Dan Kanak-Kanak

Namun begitu, jumlah bantuan maksimum yang boleh diterima oleh sebuah keluarga adalah sehingga RM1,000 sebulan bergantung kepada bilangan anak yang layak.

Syarat Kelayakan Bantuan

Antara syarat utama untuk memohon bantuan ini ialah:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  • Keluarga atau penjaga yang menjaga anak berumur bawah 18 tahun.
  • Pendapatan isi rumah berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  • Kanak-kanak yang dipohon masih bersekolah atau tidak bekerja sepenuh masa.
Via Laman Web Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga Dan Kanak-Kanak

Permohonan juga boleh dipertimbangkan bagi kanak-kanak yang kehilangan penjaga atau berada dalam situasi memerlukan bantuan kebajikan.

8 Kumpulan Sasar JKM

Sekadar info tambahan, selain bantuan kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memberi perhatian khusus kepada 8 kumpulan sasar berikut dalam memastikan kebajikan mereka terus terpelihara:

  • Kanak-kanak
  • Warga Emas
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Mangsa Keganasan Rumah Tangga
  • Mangsa Bencana
  • Orang Papa
  • Mangsa Pemerdagangan Orang
  • Pesalah Muda
Via Laman Web Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM

Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu secara manual di pejabat JKM atau secara online.

1. Permohonan di Pejabat JKM

Pemohon boleh hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah berhampiran dengan membawa dokumen sokongan seperti:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Sijil kelahiran anak
  • Penyata gaji atau pengesahan pendapatan
  • Bil utiliti sebagai bukti alamat
  • Pemohon juga perlu mengisi Borang JKM18 bagi permohonan baharu.

2. Permohonan Secara Online

Permohonan secara dalam talian boleh dibuat melalui portal eBantuan JKM dengan langkah berikut:

  • Layari portal rasmi eBantuan JKM
  • Isi maklumat yang diperlukan
  • Muat naik dokumen sokongan
  • Hantar permohonan secara online
  • Hadir ke pejabat JKM dalam tempoh 14 hari untuk pengesahan dokumen

Tempoh Kelulusan Permohonan

Biasanya, proses kelulusan bantuan ini mengambil masa sekitar 30 hari selepas permohonan lengkap diterima.

Semua permohonan akan melalui proses siasatan dan penilaian bagi memastikan hanya pemohon yang benar-benar layak menerima bantuan tersebut.

Bagi Murai, bantuan seperti BKK JKM ini memang sangat penting terutama bagi keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai anak kecil. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, bantuan bulanan ini sekurang-kurangnya dapat membantu ibu bapa menyediakan keperluan asas anak-anak seperti makanan, pakaian dan perbelanjaan sekolah. Jadi bagi yang memenuhi syarat kelayakan, jangan lepaskan peluan.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |