Anak lelaki kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy iaitu Eyman mencetuskan rasa sebak netizen selepas membuat perkongsian mengenai arwah bapanya yang meninggal dunia pada Ahad.
Kongsi Eyman di TikTok, arwah pernah berjanji dengannya untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama, namun dia redha apabila Allah lebih menyayanginya.
“Ayah saya memang dah lama warded tapi memang tak sempat beritahu sesiapa, sebelum balik asrama sempat pergi melawat.
Dia janji dia akan ambil result SPM dengan saya. Tapi Allah lagi sayang dia. Rindu Bapa saya sangat-sangat.”-tulis Eyman di TikTok

“Dik, Ayah Awak Seorang Yang Baik…”
Perkongsian Eyman dibanjiri dengan komen para peminat arwah yang memberikan kata-kata semangat, malah ramai yang menitipkan doa buat arwah agar rohnya dicucuri rahmat.
“Bapa awak adalah pelakon yang hebat, saya membesar dengan movie yang kebanyakannya dilakonkan oleh dia, terima kasih Along kerana memberikan zaman kanak-kanak yang terbaik untuk kami, salam takziah adik.”
“Hye adik, its okey.. ambil lah masa sebangak mana pun.. tetap akan rindu sampai kita tua pun.. mungkin selamanya. Nangis je kalau nak okey? Takkan ada siapa judge awak and buatlah apa awak nak. Tuhan uji sebab tuhan tahu awak kuat. Kita sama. Arwah ayah akak pun tak sempat tahu and tengok pun result stpm akak cemerlang macam mana. Tak dapat tunjuk usaha sendiri. Tapi akak percaya, mesti ayah ikut naik pentas and cakap tahniah haritu, cuma akak tak nampak. Take times dik.. doa selalu untuk ayah ya.”
“AL FATIHAH. Dik, ayah awak seorang yang sangat baik. Pemergian beliau beri kesan yang sangat dalam untuk kita semua. Kuat demi ibunda tercinta okey ? Semoga arwah ditemptkan dikalangan orang yang beriman Aamiin.”
Sekadar info, Allahyarham Along Eyzendy telah pergi mengadap Illahi pada 8 Februari selepas tiga hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.

13 hours ago
12







![[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/78264b39-e0e1-4128-8d9b-aaf1c4ca82c5.webp)
![[VIDEO] Putera Mateen Timang Puteri Sulung, Istilah ‘Meluaran’ & Cara Umum Macam Raya Curi Tumpuan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/prince_abdul_mateen_anisha_rosnah.avif)
























![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)










![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)



