Kalau dengar berita laluan baharu penerbangan, mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa laluan itu dipilih? Apa yang menarik sangat sampai syarikat penerbangan sanggup buka laluan baru?
Terbaharu, AirAsia mengumumkan laluan terus baharu dari Kota Bharu ke Jakarta, dan rupanya ada sebab yang cukup menarik di sebalik keputusan itu.
Kelantan Makin Jadi Tumpuan
Menurut Pengurus Besar AirAsia Malaysia, Dato’ Kapten Fareh Mazputra, laluan ini diperkenalkan pada waktu yang cukup strategik.
Katanya, syarikat penerbangan itu berbesar hati dapat melancarkan laluan baharu ini kerana ia mampu merancakkan lagi sektor pelancongan di Pantai Timur dengan kehadiran lebih ramai pelancong antarabangsa.
Lebih menarik, negeri Kelantan kini semakin berkembang dalam sektor pelancongan perubatan, terutamanya dengan sasaran pelawat dari Indonesia dan negara jiran.
“Kami berbesar hati melancarkan laluan baharu ini, pada masa yang tepat untuk merancakkan lagi destinasi pantai timur dengan lebih ramai pelancong antarabangsa. Apabila Kelantan berkembang dalam sektor pelancongan perubatan, khususnya mensasarkan Indonesia dan negara jiran, hubungan udara yang lebih kukuh menjadi sangat penting.
Disokong oleh hospital pakar swasta yang menawarkan rawatan berkualiti pada harga kompetitif, negeri ini bersedia menarik lebih banyak perjalanan perubatan merentas sempadan,” katanya.
Empat Kali Seminggu Bermula Jun
Untuk laluan baharu ini, penerbangan antara Kota Bharu dan Jakarta akan bermula 16 Jun 2026. Sebanyak empat penerbangan seminggu akan dikendalikan bagi menghubungkan kedua-dua destinasi tersebut. Lebih menarik, tambang promosi yang ditawarkan juga agak berbaloi.
Penerbangan Kota Bharu – Jakarta bermula dari RM199 termasuk semua sehala
Penerbangan Jakarta – Kota Bharu pula bermula dari IDR709,000 termasuk semua sehala. Tambang istimewa ini boleh ditempah mulai sekarang sehingga 22 Mac, untuk tempoh perjalanan antara 16 Jun 2026 hingga 27 Mac 2027. Tempahan boleh dibuat secara eksklusif melalui aplikasi AirAsia MOVE atau laman web rasmi AirAsia.
MURAI tengok, laluan ini bukan sekadar penerbangan biasa. Ia sebenarnya membuka lebih banyak peluang kepada sektor pelancongan perubatan di Kelantan.
Dengan kos rawatan yang lebih kompetitif dan kemudahan hospital pakar swasta yang semakin berkembang, tidak mustahil negeri Pantai Timur ini bakal jadi destinasi pilihan pesakit dari luar negara, khususnya dari Jakarta dan kawasan sekitarnya. Pendek kata, laluan baharu ini bukan sekadar memudahkan perjalanan, tetapi juga membuka pintu kepada lebih banyak peluang ekonomi dan pelancongan untuk negeri itu.

5 hours ago
4










![[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-54.webp)

![[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-55.webp)
























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)



![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)



![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)



![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
