Penting untuk kamu tahu, buah kurma bukan sahaja sunnah tetapi ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga yang cukup untuk badan kamu berpuasa sepanjang hari.
Dan dalam entri kali ini, MURAI nak kongsikan dengan kamu tujuh jenis kurma yang sedap, popular, sangat berkhasiat dan dapat membuat badan kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan.
Nak tahu?
1. Kurma KabKab
Buah kurma yang bergred AA ini ditanam di kebanyakan kawasan tropikal di Iran. Mempunyai tekstur yang lembut, basah dengan berwarna coklat gelap membuatkan buah ini terkenal dengan kepanjangannya berbanding buah kurma yang lain.
2. Kurma Ajwa Madinah
Kurma kegemaran Nabi Muhammad s.a.w. ini mempunyai warna yang lebih gelap, bersaiz kecil dan tidak terlalu manis berbanding buah kurma yang lain. Buah kurma ini mempunyai kandungan khasiat yang unik seperti magnesium iaitu mineral yang sangat penting bertindak sebagai anti-radang.
3. Kurma Rabbe Masafii
Buah kurma yang berasal dari United Arab Emirates ini berbentuk bujur, bertekstur separa kering dan berwarna coklat, sangat sesuai untuk mereka yang tidak menyukai buah yang kurang manis. Dan buah kurma ini merupakan pilihan yang baik dan seimbang bagi pemakanan.
4. Kurma Mahnaz Safawi
Buah kurma ini dikatakan sesuai dimakan untuk individu yang menghidapi penyakit diabetes. Kurma Safawi ini merupakan sejenis kurma yang mempunyai tekstur yang lembut dan rasa semi-kering.
5. Kurma Mariami Madinah
Sesuai untuk individu yang berdiet, kurma Mariami ini bukanlah buah yang basah atau kering kerana ia mempunyai kadar kelembapan sebanyak 15%. Tidak mengandungi kolestrol dan kandungan gula yang mudah diserap ke dalam badan menjadikannya sebagai buah kurma yang berikan tenaga yang segera apabila berbuka puasa.
6. Kurma Mabroom Madinah
Berasal dari Madinah, buah kurma Mabroom mempunyai saiz yang besar dan panjang serta mengandungi kandungan potassium membuatkan buah kurma ini sesuai untuk individu yang mempunyai tekanan darah tinggi.
7. Kurma Safia Bertangkai Yusuf Taiyoob
Kurma bertangkai daripada Yusof Taiyoob ini mengandungi pelbagai jenis nutrisi seperti zat besi, kalsium, phosphorus, postassium dan sodium yang dapat menyihatkan tubuh badan.
Kurma jenis ini boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan bersama yogurt mahupun pastri. Buah kurma ini juga sesuai untuk dibakar dan dimasak.
Tips: Kurma perlu dimakan dalam kuantiti ganjil atau rendamkan buah kurma dalam segelas air semalaman sebelum sahur keesokkan harinya untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

11 hours ago
13


![[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a85edd03-eddc-49da-a4ff-435bdde2f68b.webp)











![[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/4fdb3264-9382-491d-8b1c-53daa2f0bb36.webp)
![[VIDEO] Sertai Cabaran ‘At Least’: Kata-kata Tengku Puteri Iman Afzan Buatkan Ramai Tersentuh](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-19-at-13.56.21.webp)
























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)

![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)


![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)


![[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/58eca1d6-3dfd-41da-8b6f-1b4d3275f4c1.jpg)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)