Zara Zya Pilu Lihat Keluarga Sudah Berpecah-“Sekarang Saya Cuma Dengan Mama Sahaja..”

11 hours ago 7

Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa pilu melihat keluarganya yang kini sudah berpecah dan ada yang sudah bertahun tidak bersua muka.

Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menerusi hantaran di Threads, mengakui dia merasa rindu terhadap zaman ketika masih kecil pada bulan Ramadan yang penuh dengan kemeriahan adik-beradik dan keluarga. Namun kini, dia hanya bersama ibunya sahaja.

“Rindu masa kecil dulu. Kalau bulan puasa, mama kejut atau adik beradik kejut sahur. Mama masak macam-macam. Dari mengantuk, berselera jadinya. Meriah betul waktu sahur.

Satu family berkumpul. Tapi sekarang, sunyi sesunyi sunyinya. Tak sangka, bila saya besar, family saya berpecah. Yang dulu setiap hari bertemu muka, sekarang bertahun tak bersua.

Harini, mama saya suruh pakai pinggan lama dia. Bila tengok pinggan tu, saya sedih. Sebab terkenangkan siapa yang pernah makan atas pinggan tu dulu. Kami 6 beranak. Sekarang saya cuma dengan mama saya saja.”-kongsi Zara Zya di Threads

“Kita Senasib…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen yang melalui situasi yang sama turut bersetuju dengan Zara, malah ramai yang menitipkan doa agar Zara terus kuat hadapi ujian.

“Kan, sama macam saya. Bila besar dah kahwin, mak abah dah meninggal, family tak macam family, adik beradik pun tak macam adik beradik. Walaupun banyak adik beradik, yang paling ambik tahu pun dah turut meninggal. Sedih sangat.”

“Kita senasib. Lepas mak abah takde masing-masing buat hal sendiri.”

“Betul Zara, berpuluh tahun lalu kami adik beradik rapat. Sekarang dah renggang dan tiada ‘masa’ untuk berbuka atau bersahur bersama.”

“Semoga Zara terus kuat ya.”

“InsyaAllah yang baik-baik sahaja buat kak Zara tahun ni.”

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |