[VIDEO] Syed Saddiq Nafi Langgar Adat Pertunangan, – “Saya Tak Berucap Ya..”

3 hours ago 2

Nampaknya isu ni tak habis-habis jadi bualan netizen. Dari satu video tular, terus ‘berjangkit’ jadi perdebatan panjang di media sosial. Baru-baru ini, kecoh apabila seorang individu di Threads mendakwa trend lelaki bercakap sewaktu majlis pertunangan kononnya dimulakan oleh Syed Saddiq. Lebih panas, individu itu turut mengaitkan perkara tersebut dengan majlis pertunangan beliau bersama Bella Astillah.

Namun seperti biasa, netizen tak tunggu lama untuk ‘semak fakta’. Ramai tampil menjelaskan bahawa Saddiq sebenarnya hanya berucap selepas majlis selesai, bukannya ketika sesi rasmi pertunangan berlangsung.

Malah, menerusi satu temu bual yang kembali tular di TikTok, Saddiq sendiri tampil memperbetulkan keadaan. Katanya, dia langsung tidak berucap ketika majlis sedang berlangsung.

“Saya tak berucap ya di majlis tunang, saya berucap selepas majlis dah habis. Segala-galanya dah habis,” jelasnya.

Lebih mencuri perhatian, beliau turut berkongsi sempat menunggu lama di dalam kereta sebelum masuk semula ke majlis.

“90 minit saya tunggu dalam kereta, tengok siaran langsung je,” katanya lagi.

Menurut Saddiq, ucapan tersebut dibuat secara spontan, tanpa teks dan hanya sekadar untuk meraikan suasana selepas semuanya selesai.

“Masuk tu sebab semua dah habis, sepatutnya ‘happy-happy’ je,” ujarnya.

Video -@syedsaddiq (IG/ Threads)

Untuk rekod, isu ini mula berbangkit apabila tular satu video memaparkan seorang lelaki yang dilihat mengetuai sendiri majlis pertunangannya. Tindakan itu mengundang kecaman ramai kerana dianggap melanggar adat, memandangkan kebiasaannya majlis sebegitu dikendalikan oleh orang yang lebih tua atau wakil keluarga.

Akhirnya, satu benda yang jelas dalam hal adat, netizen memang cukup ‘sensitif’. Silap langkah sikit, terus jadi topik hangat satu Malaysia.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |