Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Sweet Qismina yang memberitahu mengapa beliau tidak menyebut nama suaminya ketika menerima dua anugerah dalam bidang lakonannya itu. Sweet Qismina memberitahu bahawa beliau ‘blank’ ketika berada diatas pentas kerana terkejut menerima anugerah tersebut dan bukannya tidak mahu menyebut nama suami tercintanya itu.
@f8buzzSweet sampai Kuching sejam sebelum malam gala bermula, bawa pulang anugerah pelakon pembantu wanita terbaik ASEAN 🥰😎 ✨ AIFFA 2025 kini berlangsung di Kuching, Sarawak 🐈 Festival filem berprestij ASEAN ini kembali memperkasa industri serantau dengan pelbagai program sepanjang empat hari, termasuk pameran filem, sesi tayangan istimewa, bengkel profesional, forum pembikinan, dan aktiviti networking yang menghimpunkan penggiat seni dari seluruh Asia Tenggara. Tahun ini lebih istimewa dengan kehadiran Simon Yam sebagai headliner, sekali gus menarik perhatian pencinta filem dan pemain industri yang mahu melihat perkembangan sinema rantau ini. AIFFA terus menjadi platform penting yang meraikan kreativiti, bakat baharu dan karya terbaik ASEAN. 📍 Kuching, Sarawak 🎬 ASEAN International Film Festival & Awards (AIFFA) 📅 12–15 November 2025 Baca liputan penuh di www.f8buzz.com. Pautan di bio atau IG Stories! #f8buzzhiburan #AIFFA2025 #Kuching #AseanFilmFestival #sweetqismina
♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa perkara tersebut biasa terjadi kepada semua artis oleh kerana terkejut dan terlupa ketika menerima anugerah.
“sebab dia tak biasa bercerita hal dia dan adam lee di khalayak umum kot, jadinya dia terbiasa untuk tak sebut”
“dia ni tak gedik, taka da kontroversi, humble, respect others, enoy what she did”
“Lepas kahwin rezeki dia dan suami melimpah ruah”
“tak semestinya tak sebut nama suami tak sayang, yang penting

Farhanna “Sweet” Qismina Supandi, lahir pada 24 Oktober 1997, merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang popular dalam industri hiburan tempatan. Dengan nama pentas “Sweet Qismina”, beliau memulakan kerjaya awal melalui drama televisyen seperti Hikayat Putera Syazlan di mana beliau memerankan watak Fasha sebagai pelakon utama dalam 52 episod, serta Julie dalam siri Waktu Rehat. Bakatnya diiktiraf apabila memenangi Anugerah Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Penyampai Berita Bintang Harian (ABPBH) 2017.
Sweet, yang berasal dari keluarga Melayu beragama Islam, adalah anak keempat daripada lima beradik. Beliau pernah menghadiahkan kereta Volkswagen Polo bernilai RM80,000 secara tunai kepada adiknya, Farhanna Qisrina Supandi, sebagai tanda penghargaan atas pertolongan dalam menjaga ibu bapa. Pada 24 Oktober 2022, Sweet mengahwin dengan pelakon terkenal Adam Lee (Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee) selepas setahun bertunang. Pasangan ini sering digandingkan dalam projek seperti filem Babah, dan kini sedang fokus membina rumah tangga sambil berserah pada ketentuan Ilahi mengenai zuriat, walaupun pernah menghadapi tekanan emosi berkaitan hasrat ingin anak. Di luar skrin, Sweet dikenali sebagai individu yang rendah hati dan menghargai privasi, seperti enggan mengulas isu rumah tangga rakan artis.

1 day ago
9
![[VIDEO] Gelagat Que Haidar Buat Kejutan ‘Birthday’ Sherry Al-Hadad Buatkan Ramai Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2254.jpeg)







![[VIDEO] Jatuh Dari Papan Selaju Elektrik, Justin Bieber Alami Kecederaan Tulang Rusuk](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/2-8.jpg)

![[VIDEO] Reaksi Achey Lihat Aksi Anaknya Memancing, Buatkan Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2249.jpeg)
![[VIDEO] Telatah Eidress ‘Backup’ Anzalna Buatkan Netizen Terhibur-“Tak Nak Mummy Baru…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2241.jpeg)



















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)



![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)


