VIDEO Sultan Pahang Dekati Mangsa Banjir, Rakyat Terharu

5 hours ago 7

Keprihatinan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, terhadap nasib rakyat sekali lagi meraih perhatian dan pujian ramai apabila baginda berkenan turun padang menyantuni serta membantu mangsa banjir di Taman Pelangkah, Pekan, Pahang, pada 22 Disember lalu.

@kesultanan.pahang

BERCEMAR DULI.. KDPB Sultan Pahang berkenan bergotong-royong membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di Taman Pelangkah, Pekan, Pahang pada 22 Disember 2025. Paduka Baginda bersama-sama sukarelawan pelbagai agensi termasuk daripada pegawai dan kakitangan Majlis Kesultanan Pahang (MKP) memulakan kerja-kerja pembersihan pada pukul 10.00 pagi. Keberangkatan Paduka Baginda bagaikan sinar buat mereka yang dirundung duka akibat musibah tersebut yang saban tahun melanda setiap kali musim tengkujuh. “Jaga kesihatan, jaga anak-anak dan keluarga dengan baik. Saya harap banyak-banyak bersabar dengan dugaan ini,” demikian titah Paduka Baginda ketika menyantuni mangsa banjir di situ. Selain bertanya khabar, Paduka Baginda turut menyampaikan kurniaan kepada penduduk yang tidak bernasib baik agar dapat meringankan beban mereka.- KESULTANAN PAHANG ​#SultanPahang #BeritaTerkini #Banjir2025 #Pekan #daulattuanku

♬ оригинальный звук – asproductionmusic

Menerusi perkongsian rasmi di Tiktok di akaun @kesultanan.pahang, kelihatan Paduka Baginda bersama pegawai dan kakitangan Majlis Kesultanan Pahang (MKP) bergotong-royong membersihkan rumah penduduk yang terjejas akibat bencana banjir. Lebih menyentuh hati, usaha tersebut turut dibantu oleh sukarelawan daripada pelbagai agensi yang sama-sama bertungkus-lumus menjalankan kerja pembersihan sejak jam 10 pagi.

Sikap rendah diri dan berjiwa rakyat yang ditunjukkan oleh Paduka Baginda benar-benar mengundang rasa terharu dalam kalangan masyarakat. Baginda bukan sekadar hadir melihat keadaan, malah turun sendiri menyantuni mangsa banjir termasuk kanak-kanak dan bayi, sambil bertanya khabar serta memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang terkesan.

Dalam suasana penuh emosi itu, Paduka Baginda turut menitahkan agar mangsa sentiasa menjaga kesihatan serta keselamatan diri dan keluarga. Titah berkenaan dilihat memberi kekuatan dan ketenangan kepada mangsa, lebih-lebih lagi apabila musibah banjir sering berulang setiap kali musim tengkujuh melanda.

“Jaga kesihatan, jaga anak-anak dan keluarga dengan baik. Saya harap banyak-banyak bersabar dengan dugaan ini,” titah Paduka Baginda ketika menyantuni mangsa banjir.

Kehadiran Paduka Baginda ibarat sinar harapan buat penduduk yang sedang berdepan kerugian harta benda dan tekanan emosi akibat bencana tersebut. Ramai rakyat yang meluahkan rasa bersyukur dan terharu kerana seorang raja sanggup turun sendiri ke kawasan terjejas tanpa mengira status atau kedudukan.

Mencuri Perhatian Rakyat…

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat memuji kepimpinan Paduka Baginda yang disifatkan sangat dekat di hati rakyat. Malah, ramai berpendapat tindakan sebegini membuktikan bahawa institusi diraja bukan sekadar simbol semata-mata, sebaliknya benar-benar bersama rakyat dalam saat susah dan senang.

via Tiktok @kesultanan.pahang

Keprihatinan yang ditunjukkan ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi hubungan antara raja dan rakyat, sekali gus menjadikan Kesultanan Pahang terus dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |