Baru-baru ini orang ramai dikejutkan dengan transformasi terkini selebriti Lucinta Luna. Setelah bertahun-tahun dikenali dengan imej feminin, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fattah mula menunjukkan kesungguhan untuk kembali ke fitrah asal sebagai seorang lelaki.
Perubahannya itu terjadi selepas Lucinta menyambut Hari Raya Aidilfitri di Korea Selatan. Apa yang lebih mengejutkan peminatnya, Lucinta turut menyertai solat sunat secara berjemaah di bahagian lelaki.
“Walaupun saya hanya seorang pendosa yang tidak terlepas daripada penyimpangan, izinkan saya, Muhammad Fattah, pada hari suci ini (Hari Raya Aidilfitri) untuk beribadah lebih dekat kepada-Mu, Ya Allah.”
@lucintaluna12Happy Eid Mubarak 1447 Hijriah from SeouL … #idulfitri2026 #minalaidzinwalfaidzin #seoul
“Pada Aidilfitri ini, buat pertama kalinya saya memberanikan diri untuk menunaikan solat Aidilfitri secara berjemaah di masjid di negara seberang. Berdiri di barisan saf lelaki, ia adalah langkah kecil keberanian saya, seolah-olah penuh makna dalam perjalanan iman saya.”
Dan kini Lucinta telah kembali ke Indonesia dengan penampilan seperti lelaki, lengkap dengan gaya rambut pendek. Dedahnya, penampilan baharunya itu merupakan langkah pertama yang diambilnya untuk berubah.
“Semoga dari sini saya perlahan-lahan dapat memperbaiki diri, melaksanakan ibadah dengan lebih baik, dan mengurangkan rasa malu dan prestij untuk kembali kepada fitrah yang telah ditentukan Allah sejak saya dilahirkan.”
Foto – @lucintaluna12 (TikTok)Pada masa yang sama, Lucinta juga berharap agar masyarakat Indonesia dapat memberi sokongan berbanding mengkritik penampilan terbarunya.
“Selepas sekian lama, lebih 10 tahun, saya dapat memberanikan diri untuk beribadat dengan memakai sarung, peci dan sejadah seperti mana sifat saya. Semua keberanian kecil ini adalah sokongan daripada Allah kerana banyaknya dosaku, ampunilah aku Ya Allah, Tuhan semesta alam.”
Untuk rekod, Lucinta Luna adalah selebriti transgender Indonesia yang dikenali dengan pelbagai kontroversi, termasuklah melakukan pembedahan kelamin di Thailand hingga pembedahan plastik yang ekstrem.

5 hours ago
5





![[VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Feature-Image-2000-Px-PHIC-22.webp)









![[VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Feature-Image-2000-Px-PHIC-4-3.webp)



















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)


![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)


![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)



