Dalam suasana raya yang masih hangat dengan open house dan balik kampung, ramai mungkin terlepas pandang satu peluang penting, Bantuan Pendidikan BAKTIDESA daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Inisiatif ini diwujudkan khas untuk membantu anak-anak warga desa meneruskan pengajian tanpa tekanan kewangan, terutamanya bagi mereka yang baru menerima tawaran ke institusi pendidikan.
Kalau anda atau ahli keluarga layak, ini masa terbaik untuk ambil peluang!
Apa Itu Bantuan Pendidikan BAKTIDESA?
Bantuan Pendidikan BAKTIDESA merupakan bantuan kewangan berbentuk one-off yang disalurkan melalui Akaun Amanah BAKTIDESA (AAB).
Ia bertujuan membantu pelajar membuat persediaan awal sebelum melangkah ke alam pendidikan seperti sekolah berasrama, matrikulasi hinggalah ke universiti.
Pendek kata, ini ‘starter pack’ kewangan untuk pelajar yang nak mula perjalanan akademik.
Kadar Bantuan Yang Ditawarkan
Bantuan ini dibahagikan kepada dua kategori utama:
- Kategori 1
(SBP, MRSM, Sekolah Berasrama, Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran – peringkat sijil)
RM500 - Kategori 2
(IPTA – Diploma & Ijazah Sarjana Muda)
RM1,000
Walaupun nampak ringkas, bantuan ini boleh jadi ‘penyelamat’ untuk kos awal seperti yuran, keperluan asrama dan barangan belajar.
Syarat Kelayakan Yang Perlu Dipenuhi
Untuk layak memohon, pemohon perlu:
- Warganegara Malaysia & belum berkahwin
- Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah (mengikut PGK)
- Telah menerima tawaran ke institusi seperti SBP, MRSM, matrikulasi atau IPTA
- Mengikuti kursus yang diiktiraf oleh badan seperti MQA atau JPK
- Memohon dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran
Cara Mohon Bantuan Ini
Proses permohonan agak mudah, cuma perlu ikut step berikut:
- Layari portal rasmi Bantuan Pendidikan BAKTIDESA
- Muat turun borang permohonan
- Isi maklumat dengan lengkap
- Hantar borang bersama dokumen sokongan ke alamat urus setia KKDW di Putrajaya
Yes, kena hantar secara fizikal jadi pastikan semua dokumen lengkap!
Dokumen Yang Diperlukan
Antara dokumen penting yang perlu disediakan:
- Salinan kad pengenalan
- Surat tawaran & pengesahan kemasukan
- Slip gaji atau pengesahan pendapatan
- Salinan akaun bank aktif
Semua dokumen perlu disahkan oleh pegawai yang dibenarkan seperti ketua kampung, pegawai kerajaan atau wakil rakyat.
Dalam kita sibuk beraya, jangan lupa masa depan juga kena jaga. Bantuan macam ni mungkin nampak kecil, tapi impaknya besar terutama untuk keluarga yang benar-benar memerlukan. Jadi, untuk yang layak, jangan tunggu lama. Apply cepat, settle awal lepas tu sambung raya tanpa risau.

10 hours ago
8









![[VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Feature-Image-2000-Px-PHIC-22.webp)








![[VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Feature-Image-2000-Px-PHIC-4-3.webp)



















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)


![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)


![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)



