Sama seperti anak perempuan lain, Qadejah El Zahra iaitu anak kepada pasangan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida tidak kekok dalam melakukan kerja rumah terutamanya memasak.
Dalam salah satu hantaran ibunya di media sosial, Qadejah atau mesra disapa sebagai Cess dilihat sedang menyediakan makanan untuk adik-adiknya sebaik sahaja pulang dari sekolah.
Pernah memberitahu bahawa memasak adalah minatnya, Cess kelihatan sangat lincah dan tidak kekok apabila menyediakan bahan masakan. Menerusi video tersebut, Cess memasak menu Beef Lasagna untuk kedua-dua adiknya, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.
@shahidadherbs2Balik je dia dari sekolah dia akan tanya adik adik dia terutama Yusoff dan Raudah nak makan apa. Terus la Qadejah masak. Hari ni dia masak Beef Lasagna. Kalau masakan Western ni bagi je dekat dia. Memang dia suka masak. Mama ni pulak suka masak makanan melayu. So minat kami ni berbeza😂😂
♬ original sound – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid
Di hantaran yang sama, Datin Shahida turut berkongsi bahawa masakan Barat merupakan kepakaran Cess.
“Balik je dia dari sekolah dia akan tanya adik-adik dia terutamanyaYusoff dan Raudhah nak makan apa. Terus la Qadejah masak. Hari ni dia masak Beef Lasagna. Kalau masakan Western (Barat) ni bagi je dekat dia. Memang dia suka masak. Mama ni pulak suka masak masakan Melayu. So minat kami ni berbeza.”
Apabila menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna platform TikTok memberikan pujian melihat kerajinan dan kelincahan Qadejah El Zahra di dapur.
“Cess tak main sukat bahan-bahan, dia main agak-agak je, tu tanda dia memang masak. Hebat Cess”.
“Wah Qadejah ni ada ciri-ciri wanita pilihan jejaka soleh. Cantik, pandai memasak, tidak sombong, solehah, bertanggungjawab pada adik, tegas dan lain-lain. Lebih dewasa dari umurnya.”
“Alhamdulillah pandai anak dara ni masak. Ramai budak-budak sekarang tak reti masak atau ke dapur langsung. Yang ni contoh yang baik.”
Pada masa yang sama, ada juga yang memuji cara Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida dalam mendidik anak-anaknya.
“Kaya, bijak, pandai masak, berkelas, solehah. Hasil didikan Datuk Aliff dan Datin memang terbaik.”
“Tahniah Datuk & Datin. Nampak sangat Cess tak kekok buat kerja dapur.”
Walaupun Cess baru berusia 15 tahun, tetapi dia langsung tak nampak kekok apabila memasak seperti kebanyakan remaja kini. Hebat!

10 hours ago
8

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)







![[VIDEO] Edry KRU Kongsi Momen Duet Dengan Juliana Banos, Sempat Dedikasikan ‘Sehidup Semati’ Buat Isteri](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/784529be-6f4d-41e6-86ef-598b3d133b15.jpg)












![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)










![[VIDEO] Wanita Terkejut Lihat Katak Terapung Dalam Air Minuman- “Color Tu Pun Dah Macam Asam Boi”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/4-1.jpg)

![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)



![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)