Pelakon aksi China, Jackie Chan didakwa melakukan serangan seksual terhadap penyanyi Hong Kong, Joey Yeung selepas video mereka tular di media sosial. Insiden itu berlaku semasa mereka berdua menghadiri Konsert Filem Greater Bay Area, Macao pada 28 September 2025.
Dalam video tersebut, Jackie dan Joey duduk bersebelahan semasa acara itu berlangsung. Pada awalnya tiada apa yang berlaku tetapi semasa mereka selesa berborak, Jackie dilihat meletakkan tangannya di belakang kerusi Joey.
@8dayssgJust a misunderstanding? #8dayssg #8dayssgasianent #jackiechan #viral #fyp
Kemudian dia dengan sengajanya telah menyetuh belakang Joey yang terdedah dan memegang bahunya. Perbuatan Jackie itu telah mengejutkan Joey dan penyanyi Hong Kong itu berdiri dengan serta merta dan meninggalkan tempat duduknya.
Interaksi Jackie dan Joey telah mencetuskan perdebatan dan pelbagai reaksi, dengan beberapa pengguna media sosial menuduh pelakon aksi itu berkelakuan tidak senonoh serta mengambil kesempatan terhadap penyanyi itu.
Manakala ada segelintirnya mendakwa bahawa bos Joey telah bangun untuk menyelamatkan penyanyi Hong Kong itu.
@ai.bozhan🗓 Xiao Zhan Today❤️ 📌 2025.09.28|XIAO ZHAN Greater Bay Area MOON BALLAD So sweet how he tried to give that plush toy to Jackie Chan https://weibo.com/5629152371/5215966175960798 ___________ XIAO ZHAN GBA MOON BALLAD #XiaoZhanGBAFilmConcert25
♬ suara asli – 🦁Afi🐰 (愛.bozhan) – 🦁Afi🐰 (愛.bozhan)
Walau bagaimanapun, ada pengguna media sosial lain menganggap apa yang dilihat dalam video pendek itu hanyalah salah faham sahaja.
“Menonton beberapa saat video dengan naratif sokongan tidak menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.”
“Jika saya perlu menilai daripada video itu, saya lihat Jackie hanya meminta Joey untuk menukar tempat duduk supaya dia boleh berbual dengan tetamu lelaki lain yang berada di meja yang sama.”
“Jackie Chan mengenali Joey sejak dia kecil lagi. Dia seorang yang budiman, tidak seperti yang didakwa oleh orang lain.”
Sekadar makluman untuk semua, populariti Jackie Chan bermula dengan komedi aksi ‘Drunken Master’, ‘Snake in the Eagle’s Shadow’, ‘Rumble in the Bronx’ serta siri ‘Rush Hour’.

1 month ago
41















![[VIDEO] Gelagat Sharifah Shahirah Kacau Anak Kerja Barista, Buatkan Netizen Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2216.jpeg)
![[VIDEO] Ziana Zain Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Menjadi Pramugari-“Guna Air Panas Basuh…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2213.jpeg)
![[VIDEO] Gelagat Qadejah Curi Rakam Ammar Ahyan Nyanyi Lagu Misha Omar](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2212.jpeg)













![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)




![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
