Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah masjid. Apa yang lebih mengejutkan, kelakuan tidak senonoh itu adalah beronani di hadapan seorang jemaah wanita yang sedang menunaikan solat.
Berdasarkan perkongsian seorang pengguna di platform Threads, kejadian tersebut berlaku di sebuah masjid terletak di Bukit Siput, Segamat, Johor. Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Segamat mengesahkan, mangsa seorang wanita berusia 40 tahun membuat laporan mengenai kejadian tersebut.
Foto – @gn4mii (Threads)“Semasa kejadian pada pukul 11.15 pagi, mangsa sedang menunaikan solat Dhuha dan datang seorang lelaki yang tidak dikenali dalam keadaan separuh bogel dan melakukan onani sambil memandang mangsa.”
Mangsa kemudiannya bertindak melarikan diri dari masjid kerana bimbang akan keselamatan dirinya. Kejadian itu secara tidak langsung telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat dan apabila MURAI menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi termasuklah mengkritik kelakuan tidak senonoh suspek.
Malah ada juga yang menolak alasan sesetengah individu yang mendakwa kelakuan itu berlaku kerana penampilan mangsa.
“Komen-komen memang menampakkan kebodohan. Salahkan perempuan itu? Lihat, inilah masalah masyarakat kadang-kadang. Perempuan pakai seksi, salah. Perempuan tak pakai seksi pun tetap salah. Lepas tu salahkan perempuan tu solat sana. Hello? Tolong salahkan lelaki itu?”
“Dekat masjid? Bulan puasa? Perempuan tu pakai telekung? Jika orang masih menyalahkan wanita dalam kes ini, entah apa yang perlu saya katakan lagi.”
“Sejak bila ada peraturan perempuan kena solat dekat rumah? Kenapa anda semua menyalahkan perempuan kerana pergi ke rumah Allah?”
“Lelaki itu yang buat perkara jijik dalam surau, tapi penyelesaiannya perempuan duduk rumah? Wow, logik yang menarik. Yang melakukan dosa bebas manakala mangsa pula yang diharapkan untuk mengubah hidupnya.”
Untuk makluman, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan lingkungan 20-an di sebuah rumah di Pasar Gudang, Johor. Difahamkan, suspek juga pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran dan bukan penduduk daerah ini.

10 hours ago
7



![[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-47.webp)

![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)






![[VIDEO] Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur!-“Vibe Putera Raja Sangat…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-42.webp)
![[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-41.webp)





















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)


![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)

![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)






![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
