[VIDEO] Neelofa Kongsi Perjalanan Umrah, Curi Perhatian Netizen!-“Sebab Tu Kita Kena Kaya..”

18 hours ago 7

Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa mencuri perhatian netizen selepas berkongsi perjalanan mengerjakan ibadah Umrah bersama suaminya PU Riz.

Kongsi Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor menerusi video yang dimuatnaik di Instagram dan TikTok menitipkan rasa syukur dengan ketenangan hati di Tanah Suci Mekah biarpun penat.

“First full day our Umrah Trip. Alhamdulillah ‘ala kulli hal walaupun penat, hati rasa tenang sangat.

Semoga setiap langkah, setiap doa, diterima di sisi Allah.”-kongsi Neelofa di Instagram

“Sebab Tu Kita Kena Kaya Gais, Dapat Pergi Tanah Suci Dengan Tenang…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat perjalanan ibadah Umrah Neelofa bersama suaminya, malah ramai yang memasang impian untuk mempunyai rezeki yang banyak agar dapat merasa perjalanan ke Mekah dengan penerbangan kelas bisnes dan menginap di hotel yang mewah di Tanah Suci Mekah.

“Saya mampu hotel jarak jauh naik bas je.”

“Bestnya jadi Neelofa.”

“Rezeki dia. Dapat la merasa naik business class dan hotel besar-besar. Kalau kau kaya pun kau akan nak selesa. Syukur je rezeki masing-masing. No hate with others.”

“Bila banyak duit memang patut labur untuk beribadah. Moga Allah jadikan kita semua kaya dunia akhirat.”

“Sebab tu kita kena kaya gais, dapat pergi Tanah Suci dengan tenang.”

“Setenang inikah hidupmu sekarang kak Lofa? 🥹 may Allah grant you happiness here after. Kita minat sangat kak Lofaaa 🫶🏻🤍.”

“Sebahagian rezeki kita untuk orang lain. Baki sebahagian itu la untuk kita, keselesaan dan kemudahan kita dalam beribadah. Jika usaha lebih, lebih laa Allah beri. Apapun Allah sahaja yang tahu nawaitu kita.”

@neelofa

‎ما شاء الله ‎اللهم بارك First full day of our umrah trip 🕋 Alhamdulillah ‘ala kulli hal walaupun penat, hati rasa tenang sangat. Semoga setiap langkah, setiap doa, diterima di sisi Allah. ‎اللهم ارزقنا عمرةً مبرورةً وسعياً مشكوراً (Ya Allah, kurniakanlah kepada kami umrah yang diterima dan sa‘i yang diberi ganjaran.)

♬ Allahumma Labaik – Sabyan

Sekadar info, Noor Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |